Thursday, December 20, 2012

Hijabista Website Lauch tempohari

Bulan 11 hari tu Kak Sue dijemput untuk menghadiri pelancara portal Hijabista di IOI Mall, Puchong. Masa tu memang posing habis dengan baju baru. Tema pakaian lebih kepada moden dan bersopan iaitu Baroque Inspired. Ramai rakan perniagaan yang hadir dengan fesyen yang tersendiri. Masa inilah nak berposing lebih selalunya baju kurung biasa saja. Baju yang ditempah boleh buat baju raya tahun depan.

Kad jemputan esklusif dari Hijabista

Awen, Juliana dan Kak Sue macam anugerah filem pulak

Bersama rakan Kak Sue

Stylo habis dah ni.

Irma, mesti anda kenal

Tu dia segerombolan dari kami semua

Bersama Awin, Kak Sue, CDM Salha dan Juliana

Teringat main topeng masak budak-budak dulu

Hijabista sebenarnya adalah produk dari kumpulan media Karangkraf. Majalah terbaru mereka lebih kepada fesyen hijab yang terkini yang tertumpu kepada golongan muda dan pertengahan. Apa itu Hijabista? menurut pembacaan Kak Sue ia adalah gabungan perkataan hijab dan fashionista maka wujud slanga "HIJABISTA". Semoga produk hijabista tidak lari dari tujual asal iaitu pakaian muslim yang terbaru dan memenuhi kehendak syarak. Insyallah.



Tuesday, December 18, 2012

From KL, Perak, Penang, Kedah, Kelantan, Terengganu and Pahang with love...

Pada cuti yang lepas Kak Sue bersama keluarga pergi berjalan-jalan setelah lama tidak cuti bersama. Seronok bukan saja dapat berjalan sempat juga jumpa dengan rakan-rakan dan prospek perniagaan.

Pemandangan dikawasan lebuhraya Timur-Barat, Perak bersempadan dengan Kelantan



Bersama rakan satu ITM Arau, Perlis Zuriati di Sungai Petani, Kedah

Menara jejantas menuju ke Pulau Pinang

Kena kari kepala ikan di tempat popular di tengah bandar Georgetown.

Singgah sebentar di kedai membuat kopi segar. Boleh tahan harganya.

Budak-budak semua dia nak beli.

Angah Nizam bersama anak-anak, naik feri dari Georgetown ke tanah besar.

Jambatan yang sinonim dengan lebuhraya Timur Barat

Berhenti makan di tepi pantai Rusila, Kuala Terengganu

Haikal dan Balqis seronok bermandi mandi di hotel Kuala Terengganu.

Secara keseluruhan satu perjalanan yang jauh dan penat tapi kami terhibur. Insyallah lepas ni nak konvoi ke selatan tanahair hingga ke Singapura pula. Bukan saja boleh berjalan tapi boleh menambah kenalan dan prospek perniagaan.





From KL, Perak, Penang, Kedah, Kelantan, Terengganu and Pahang with love...

Pada cuti yang lepas Kak Sue bersama keluarga pergi berjalan-jalan setelah lama tidak cuti bersama. Seronok bukan saja dapat berjalan sempat juga jumpa dengan rakan-rakan dan prospek perniagaan.

Pemandangan dikawasan lebuhraya Timur-Barat, Perak bersempadan dengan Kelantan

Monday, December 17, 2012

Apa juga bidang, usaha adalah tangga kejayaan...

Assalammualaikum pada semua, sudah hampir sebulan Kak Sue tidak mengemaskini blog ni. Kak Sue sibuk dengan kerja disamping urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Walaupun begitu Kak Sue masih lagi aktif dengan kegiatan perniagaan dan alhamdullilah lebih dari 10 set Premium Beautiful berjaya dipasarkan. Insyallah untuk tahun baru yang akan bermula tidak lama lagi, Kak Sue merancang untuk menggandakan lagi usaha bagi mencapai matlamat yang diimpikan. Target Kak Sue adalah untuk mencapai status CDM pada penguhjung tahun ini dan Kak Sue tekad untuk melakukannya.

Greanleaders Academy TTDI

Buat masa sekarang Kak Sue sedang sibuk membuat persiapan untuk anak-anak menghadiri kelas tambahan dan penyediaan baju dan buku. Tahun depan adalah penting bagi Fifie dan Aqis yang akan mengambil peperiksaan SPM dan UPSR. Kak Sue akan memberikan sepenuh tumpuan dan usaha agar kedua-duanya berjaya dalam peperiksaan akan datang.

Bersama kita berusaha menuju kejayaan. Yang dah berjaya syukur alhamdullilah. Yang belum teruskan usaha

Fiza ex staff tempat kerja Kak Sue telah memulakan langkah berani ingin berjaya

Memanglah walau apa pun kita lakukan tak kira dalam apa bidang sekalipun. Usaha perlu dilakukan untuk berjaya. Dalam hal ini Kak Sue nak pastikan anak-anak Kak Sue berusaha dengan bersungguh-sungguh dan Kak Sue akan memberikan sokongan yang penuh untuk mereka berjaya.

Antara kelas yang Kak Sue hadir sebelum ini

Berjumpa dengan CDM Salha untuk mendengar strategi yang betul



Yang datang sampai tak cukup tempat duduk untuk belajar bersama-sama

Kita hanya berusaha tapi tuhan yang menentukannya

Begitu juga dalam bidang perniagaan Premium Beatiful. Jika anda berminat dan ingin berusaha, Kak Sue sedia memberikan galakan dan sokongan untuk kita sama-sama berjaya. Usaha bukan dengan sekelip mata berjaya tetapi perlu ada ketahanan dan usaha bersama. Insyallah...

Monday, November 26, 2012

Ulangtahun ke 20 syarikat di Stadium Melawati Shah Alam

Sabtu lepas Kak Sue menghadiri Majlis Ulangtahun ke 20 syarikat bersama rakan-rakan yang lain. Majlis telah dihadiri ramai ahli-ahli dengan pakaian yang cantik dan meriah. Kalau diikutkan usia syarikat ia masih baru tetapi telah menghasilkan ramai jutawan dan ahli perniagaan yang telah berjaya dan yang bakal berjaya.

Tiba masanya nanti Kak Sue boleh berjaya macam CDM Hanis dari group GLAM yang telah berjaya dalam perniagaan dengan hanya menggunakan media sosial seperti facebook, blog, twitter dan instagram, yang mana dalam masa 4 tahun telah berjaya

Bersama CDM Salha yang cantik macam puteri 

CDM Salha telah berjaya dan menjadi idola Kak Sue

Group Awin, Nana, Fuzhen, Fazlin, Juliana dan Kak Sue  

Model atas tangga

Bersama DDM Ismalina yang banyak membantu Kak Sue. Hanya tinggal satu tahap lagi untuk DDM Ismalina mencapai status CDM 

Beraksi di tangga bersama Awin, Juliana dan Fazlin


Jampi serampah telah dibaca dan ditiup untuk lebih berkesan 

CDM Hanis sedang ditemuduga

Masing-masing memberikan aksi yang terbaik

Berposing di tangga lagi

Peluang yang diberikan patut kita rebuti dan cuba. Kalau nak mulakan perniagaan secara biasa, modalnya bukan sedikit dan memerlukan perancangan yang baik. Dengan syarikat ini kita tak perlu nak fikirkan soal sewa kedai, bil elektrik, gaji pekerja dan budget keewangan tahunan. Dengan bermodalkan minimum dan perancangan berkumpulan kita boleh jana pendapatan yang diimpikan disamping usaha dan doa. Kita kena anggap ini sebagai satu usaha yang serius dan kerjaya yang boleh menjamin masa depan. Perlu diingat jika anda mencapai status CDM, pendapatan tetap anda adalah RM50,000 sebulan. Bayangkan dengan pendapatan sedemikian. Perlu diingatkan bukan sorang dua yang mendapat status ini. Ada berpuluh-puluh ahli yang telah mencapainya. Jadikan ia sebagai pemangkin untuk kita berjaya.










Friday, November 16, 2012

Menimba ilmu di GLAM Taman Tun Dr. Ismail

Malam ni Kak Sue bersama teman berada di GLAM untuk mendengar produk yang baru  BBPlus, disamping membawa prospek yang berminat. Malam ni Isma menjadi MC.

Pengenalan produk BBPlus 


Dari kanan CDM Salha dan Isma sedang membincangkan sesuatu

Untuk pengetahuan produk BBPlus ini adalah produk kecantikan. Sesuai untuk mendapat kulit yang cantik dan sihat. Nanti Kak Sue akan cerita lebih dalam lagi. Kepada yang berminat hubungilah Kak Sue pada bila-bila masa.

Wednesday, November 14, 2012

Kak Sue menghadiri kelas di Batu Caves.

Esok cuti dan Kak Sue ambil kesempatan menghadirkan diri menimba ilmu di Batu Caves.
Kehadiran boleh dikatakan ramai dan tajuk pun menarik. Penting bagi kita untuk belajar sebanyak yang mungkin dari mereka yang berjaya. Anggaplah ia sebagai satu kerjaya yang akan memberikan kejayaan jika ada usaha dan kesungguhan. Untuk berniaga kita perlu pelajari ilmu. Ibarat tentera yang pergi berjuang tanpa senjata. Sehebat manapun anggota tentera tanpa dibekalkan dengan senjata akan terkorban juga akhirnya dengan peluru dari pihak lawan. Bersedialah dengan lengkap sebelum berjuang.


Ilmu yang dikongsi boleh digunakan untuk semua bidang.

Sama seperti kerja yang dilakukan seperti biasa cuma ini adalah hasil usaha sendiri dan apa yang kita perolehi dari hasil penat lelah akan memberikan kepuasan. Jangan ragu dan yakin boleh. InsyaAllah boleh mencapaii kejayaan dengan keizinannya.

Saturday, November 10, 2012

Seminar SM/SSM Cycle 3 di Holiday Inn Shah Alam

Salam semua, hari ini Kak Sue pagi-pagu lagi Kak Sue dah pergi ke seminar untuk mendapatkan ilmu bersama adik ipar Juliana di Shah Alam. Setelah selesaikan semua kerja di rumah Kak Sue terus ke Shah Alam. Sebenarnya seminar ini khusus untuk mereka yang berpangkat SM/SSM tapi untuk support biz partner Kak Sue bersama mereka untuk memberi sokongan disamping menambah ilmu bersama.

Kak Sue di ruang lobi seminar


Juliana sedang mendaftar untuk masuk ke seminar


Dewan seminar yang masih kosong lagi


Juliana mengambil tempat dalam dewan seminar

Bagi ,mereka yang masih tercari-cari halatuju dan rancangan untuk berjaya seminar ini harap dapat membantu dan memberi jalan untuk berjaya. Kita bukan hanya menjual produk semata-mata tapi ilmu juga harus dipelajari. Sama juga seperti kerja biasa di pejabat kita akan diberi latihan supaya lebih berilmu dan berkeyakinan. Di harap kepada mereka yang hadir, ilmu yang diberikan bukan saja dapat digunakan untuk perniagaan malah boleh digunakan untuk berjaya dalam bidang yang lain InsyaAllah.

Wednesday, November 7, 2012

No 1,618 : Keajaipan Islam dan Kaaba

Kak Sue nak kongsikan sedikit apa yang Kak Sue rasa anda semua juga perlu tahu.
Saksikan video di bawah:


Semoga dapat memberikan kita semua ilmu dan pentunjuk darinya. Insyallah.

Monday, November 5, 2012

Meraikan harijadi CDM Salha di GLAM, TTDI

Salam semua, dah lebih seminggu Kak Sue tak update blog ni. Sibuk dengan kerja dan urusan keluarga. Dalam sibuk-sibuk juga Kak Sue masih lagi sempat bertemu dengan rakan-rakan dan biz partner. Pada hari Sabtu lepas Kak Sue pergi ke Green Leaders Academy (GLAM) di Taman Tun Dr Ismail. Selepas selesai kelas kami semua meraikan harijadi CDM Salha. Semoga beliau panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.

Meraikan harijadi CDM Salha bersama teman-teman


Kak Sue bersama Awin di GLAM

Dalam bulan ini Kak Sue nak bawa beberapa kenalan untuk dibawa ke kelas ilmu ini untuk berkongsi idea dan sedikit penerangan mengenai peluang untuk mereka berjaya. Menghadirkan diri bukan bermakna kita akan boleh berjaya jika tanpa usaha susulan. Tujuan utama adalah untuk melihat dan mendengar sendiri bagaimana mereka yang terdahulu berjaya. Sedikit sebanyak akan menjadi pemangkin untuk kita berjaya. InsyAllah.

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kak Sue nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada pembaca semua. Berhati hati semasa memandu, malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan tidak kira masa. Semoga anda semua sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Semoga pengorbanan kita dalam hidup akan diberkati dan diterima olehNya

Kak Sue juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Katini Embong kerana beliau telah pergi meninggalkan kita semalam. Katini Embong adalah kawan lama dari waktu belajar hingga sekarang. Baru weekend lepas Kak Sue berjumpa dia untuk pergi ke rumah kawan dan dua haris lepas berborak di internet. Terasa umur kita ini singkat. Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Sunday, October 21, 2012

Bergambar bersama kawan-kawan kerja

Minggu lepas Kak Sue ada sesi fotografi bersama kawan-kawan sekerja. Kami posing habis... macam budak-budak baru graduate tadika jer...

Fadzlin aktress paling utama

Terselit pulak tomoi dengan apek nak kena pow

Jepun ada, minang ada, minachi ada, vietnam ada, tomoi ada...

Kadang kadang kena berhibur bersama kawan-kawan setelah penat berkerja seharian. Rasa macam nak panggil jurugambar profesional ambik foto sorang-sorang boleh buat group untuk bank pula.