Thursday, April 18, 2013

London & Paris Travel Log Day 6

Pagi-pagi tersedar lepas penat tidur semalam, bas masih tak bergerak lagi. Matahari dah mula nak naik. Tandas dalam bas pun dah tak ada air. Tak pernah Kak Sue jem macam gini kat mana-mana dari tengah malam tadi sampai dah pagi masih tak bergerak. Ingatkan dah boleh sampai Paris rupany masih lagi terperangkap.

Penat tunggu kat dalam bas, kami semua keluar menikmati udara pagi. Memang sejuk betul. Kalau tengokkan keadaan bas semua dah berais tayar dan badan  bas. Semuanya beku sehinggi titis air pun jadi beku seperti dalam gua. Kita semua apa lagi dah boring sangat semua ambik gambar waktu pagi matahari naik.

Ada yang dah tak tahan kena bergerak juga untuk dapatkan bekalan makanan. Menuruk Darren ada kawasan R&R sejauh 1 km dari sini. Darren ajak kami berjalan kaki kesana. Kak Sue nak berdiri pun tak tahan sejuknya, apa lagi kena jalan 1 km. Kak Sue stay dalam bas dan majoriti yang lain bergerak berjalan kaki menuju ke R&R terdekat. Kat Highway ni majoriti lori saja semuanya terdampar ditengah-tengah jalan tak bergerak. Jadi kalau nak berjalan ke R&R terpaksa melalui celah-celah lori.

Selepas dorang semua bergerak Kak Sue pun tidur balik kesejukan. Hampir sejam Kak Sue pun dah penat dan lapar. Terus ambik keputusan untuk berjalan juga ke R&R. Sejuk betul walaupun ada matahari bersinar. Dalam 30 minit berjalan Kak Sue pun sampai ke kawasan R&R berhampiran. Rupanya bukan seperti R&R di Plus Highway hanya sebuah stesyen minyak yang mempunyai kedai serbaguna macam Petronas. Makanan-makanan ringan saja. Kat dalam kedai tu dah penuh dengan kami semua. Sambil menunggu ada yang menyanyi yang terbaring dan termenung. Kita pun tak tahu bila boleh bergerak sebak higway tidak dibuka lagi untuk semua kenderaan. Dari pagi sampai pukul 1 tengahari kami masih disini.

Berita diterima Darren akan cuba dapatkan kebenaran dari Pihak Hai-O menambah 2 hari lagi trip kami. Belum confirm lagi tapi semua dah teruja. Harap-harap dapat. Dah penat kami menunggu dalam kedai serbaguna tu kami pun keluar main salji. Dah jadi macam budak-budak semua, berguling, baling bola salji dan macam-macam lagi. Hampir pukul 3 petang baru dapat berita higway telah dibuka semula kepada semua kenderaa. Syukur. Kami semua kembali semula kepada bas masing-masing.

Perjalanan dari lokasi ke bandar Paris akan mengambil masa 2 jam. Dijangka tiba pada pukul 5. Kami semua dah penat tak sabar nak masuk hotel dan mandi. Badan semua dah berbau setelah 2 hari tersekat. Nasib baik cuaca sejuk, kalau kat Malaysia dah macam-macam bau. Bila bas bergerak Kak Sue tidur sehingga ke bandar Paris. Bila tiba saja teruja sangat sebab kali kedua Kak Sue sampai. Pandangan Eifel Tower dari jauh mengembalikan ingatan Kak Sue semasa pergi pertama kali dulu. Bila sampai ke Hotel semua cepat-cepat naik keatas sebab selepas ini kami semua akan pergi makan malam direstoren berhampiran. Darren hanya beri masa 1 jam pada kami untuk turun semula.

Apa lagi bila naik hotel mandi-mandi dan baring sekejap. Sedap sungguh. Lepas lega Kak Sue pun turun. Ingatan dalam kepala adalah makan. Dalam perjalanan ke restoren Darren memberi khabar gembira, pihak Hai-O telah memberi kebenaran untuk menambah trip hari kepada 2 hari lagi cuma ada berita yang tidak baik, untuk kepulangan kami akan dipecah-pecahkan ikut kumpulan lain untuk terbang pulang ke Malaysia. Kak Sue tak kisah asalkan dapat bonus 2 hari lagi. Sampai saja ke restoren apa lagi melantak habis. Lauk yang disediakan pulak kari. Makan saja.

Lepas selesai semua kita semua nak balik untuk berehat. Sampai hotel group TLC ajak pergi ambik gambar Eifel Tower dari jauh. Kena jalan kedepan sikit. Kita orang pun ambik gambar lepas tu semua balik ke bilik. Apa lagi tidur. Esok ada plan lagi nak berjalan-jalan sekitar Paris. Malam ni rehatkan badan saja.


Terperangkap di tengah Highway berhampiran sempadan Paris & UK. Pagi dah ni penat tunggu dalam bas.

Wednesday, April 17, 2013

Pengenalan kepada Blog dari kaca mata Mat Rempit


Pengenalan.
Prenggg....Prennnggg.....kana matikankan motor kejap. Ada pemintaaan dari pelanggan minta untuk bagi pengenalan mengenai Blog. Lagipun ada masa sikit sebab tak ada aktiviti lagi sebab motor tak ada road tax dan insuran. Rempit-rempit jugak tapi undang-undang kena ikut.

Jangan ingat Mat rempit tak ada ilmu.Cuma hobi dia merempit.

Perkataan Blog memang biasa kita dengar dan lihat. Bagi mereka yang bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat Blog bukan benda asing bagi mereka, tetapi bukan semua dari mereka  mempunyai Blog sendiri. Nak buka akaun Blog memang senang tapi nak aktif bukan semua orang suka dan ada masa. Sebab tu ramai dari kita hanya aktif di Facebook kerana lebih mudah dan tak perlu fikir apa yang nak ditulis. Blog walaupun lebih kurang sama dengan Facebook tetapi pembaca lebih focus membaca dengan apa yang disampaikan. Setiap post yang dibuat perlu difikirkan apa kandungannya. Kalau setakat bagi post yang mudah , Facebook sudah mencukupi. Kalau bagi saya yang selalu naik motor ke hulu hilir pilihan saya adalah Facebook, mudah pakai handphone ambik gambar motor dan post ke Facebook Contohnya, "Untunglah hari ini kau tinggalkan aku 4 tiang, esok jangan lupa ko akan jumpa 2 tiang". hehehehe...

Majoriti pengguna Internet di Malaysia ini ada akaun Facebook berbanding Blog. Blog biasanya digunakan oleh pengguna yang lebih serius untuk menerangkan sesuatu perkara dan lebih informasi cuma kita kena pandai menilai apa yang disampaikan. Apa-apapun jangan pening-pening, kita lihat dulu perbezaan antara Blog dan Facebook seperti dibawah:

Blog
Facebook
·         Perlukan masa dan sedikit ilmu mengenai karangan. Kalau dulu masa sekolah karangan boleh fail. Sekarang tidak lagi, penulis boleh mengasah bakat menulis disini.
·         Mudah dan tak perlu difikirkan sangat apa yang ditulis. Tak kisah masa sekolah fail karangan sebab biasanya post yang dihantar pun kadang-kadang orang tak faham. Guna bahasa rojak dan short form.  Contohnya “Ak nk mkn. Nk kut tk?” Cikgu BM sure kasik bulatan merah kalau tulis kat karangan.
·         Blog lebih kepada komunikasi satu hala, walaupun pembaca boleh membalas setiap post yang dihantar. Tetapi penulis lebih mengharapkan pembaca membaca dan faham apa yang disampaikan. Jangan ambik hati kalau orang tak balas post anda sebab sebenarnya tak ada orang baca pun. Anda perlu bawa pembaca kepada blog anda.
·         Memerlukan interaksi dengan pembaca kerana setiap post yang dihantar penulis pasti mengharap balasan dari pembaca yang membaca. Komunikasi dua hala. Kalau tak ada pembaca balas post tersebut  maknanya orang menyampah dengan post tu. Usaha lagi post yang menarik. Mat rempit kalau post pasal modifikasi jamin ada yang balas… Contohnya “Cerita banyak tak nak, moto ko haritu 4 tiang aku tinggal. Cuma ko belum pergi 2 tiang…”
·         Biasa post yang dimasukkan adalah dalam bentuk memberi maklumat kepada pambaca. Maklumat yang disampaikan tidak kira topic tapi kualiti maklumat yang disampaikan akan mempengaruhi pembaca untuk terus membaca. Ingat apa yang disampaikan hendaklah bertanggungjawab kerana anda boleh dibawa kemahkamah jika tersilap maklumat.
·         Post dihantar boleh berbagai bentuk, Pertanyaan, Soalan, maklumat. Kadang-kadang pembaca tak tahu apa yang nak disampaikan. Contohnya. “Bosan betul dengan mamat yang tulis ni” hehehehehe… “Aku nak mandi sejuk”. Dalam hati pembaca, itu pun nak post ker?. “Buah hati aku sorang ni saja”. Dalam hati pembaca, ekkk alehhhh… kekekekekeke… dan bermacam-macam lagi post.
·         Blog ini sesuai untuk orang yang lebih serius dan matang. Mat rempit memang tak sesuai langsung ada Blog. Lainlah kalau nak kongsi maklumat pasal resepi motor laju. Jarang mat rempit kongsi resepi motor.
·         Sesuai untuk Mat rempit, remaja dan orang dewasa untuk bersosial cara bahasa pasar. Contohnya: “Aku malam tadi superman kat MRR2 highway ada awek rambut panjang terbang sebelah”… pembaca, Yolah tu, motor pun dah kena tarik tak bayar hari tu…
·         Blog ni dah lama ditubuhkan sejak 1999. Jadi biasa yang aktif dan cekap menulis adalah golongan otai.
·         Belum sampai 10 tahun ditubuhkan. Facebook sekarang memang jadi mainan budak sekolah, remaja dan orang dewasa yang ada masa dan suka bersantai sosial bersama kawan.
·         Blog memang boleh buat duit kalau tahu caranya. Tapi tak nak cerita disini anda boleh cari di Internet untuk lebih lanjut.
·         Facebook macam-macam boleh, buat duit, curi duit, tipu awek, tipu pak we, schedule blind date dan macam-macam lagilah. Ikut suka penulis nak buat apa. Tapi apa yang anda tulis akan mencerminkan peribadi anda.
·         Blog memerlukan pembaca untuk membaca setiap post yang ditulis. Kalau tulis sendiri baca sendiri itu namanya syok sendiri. Anda perlu bawa trafik atau pembaca kepada blog. Jangan post sesuatu yang menyalahi undang-undang. MCMC atau SKMM boleh menyaman atau blok Blog anda daripada dicapai oleh pembaca
·         Orang yang tak nak baca post anda pun kena baca. Kadang-kadang menyampah terpaksalah remove friend. Kekekekekeke…
·         Kandungan yang nak disampaikan memang tiada batas. Malah kalau anda nak buat Novel pun boleh. Harap-harap ada Mat rempit yang baik hati kongsi maklumat secara details mengenai modifikasi. Respect Mat rempit cam ni.
·         Kalau post panjang sangat orang tak boleh baca semua kena click “Continue reading”. Biasanya pembaca malas kalau post mengarut dan tak ada kualiti sebab satu click ambik masa 2 saat. Baik pembaca scroll bawah lagi tengok awek/pakwe post. Post yang nak diberi biar pendek dan padat. Contohnya “Awek cun jom keluar dengan saya”.
·         Blog kalau post tiap-tiap hari nanti orang akan Tanya “Kau ni reporter ker?”. Cukup sekadar hanya 2 hingga 3 post seminggu. Itupun kalau ada pembaca. Kalau tak ada pembaca digalakkan tutup akaun bukak facebook lagi senang.
·         Tiap minit atau jam pun boleh post apa yang nak diceritakan. Mat rempit jarang post malam minggu sebab sibuk kat jalan raya. Gambar pun jarang Mat rempit post takut kena usha dengan abang polis.
Banyak lagi sebenarnya perbezaan antara Blog dengan Facebook, cukuplah sekadar yang diatas saja.



Apa itu Blog?
Secara mudah, ia adalah sebuah diari. Kalau dulu diari menjadi bahan rahsia tetapi sekarang diari anda boleh juga diberi kebenaran untuk dibaca oleh orang lain. Blog ni kita boleh buat private atau public. Maknanya kita boleh bagi orang lain baca atau hanya untuk kegunaan sendiri. Jarang sebenarnya orang buat untuk baca sendiri. Contoh blog http://suzanamohdramli.blogspot.com
Blog tidak ada sebarang sekatan atau kekangan. Apa yang anda nak tulis terserah pada penulis. Bagi orang biasa, Blog yang sedia ada cukup untuk berkongsi maklumat dengan pembaca. Kita boleh ubah wajah blog yang ada tapi memerlukan kemahiran dalam bidang pembangunan web. (HTML/XML/ASP/Java).

Kongsi apa yang difikirkan
Blog membenarkan anda menulis apa saja yang anda suka. Maklumat yang dikongsi boleh disertakan dengan gambar untuk menyokong apa yang disampaikan. Sudah ramai penulis yang bergiat dalam bidang ini terutama mereka yang terlibat dalam penulisan mengenai politik, ekonomi, perniagaan, berita dunia dan lain-lain lagi. Perlu diingat setiap post yang ditulis anda perlu bertanggungjawab. Anda boleh diambil tindakan undang-undang jika penulisan anda tidak diterima oleh pembaca.

Cari pembaca
Blog bukan seperti facebook, kerana facebook akan dibaca oleh kawan-kawan yang ada didalam senarai kawan. Anda perlu membawa pembaca kepada blog anda. Ada banyak cara untuk anda hebahkan blog. Contohnya dalam business card anda letakkan alamat blog anda. Di dalam facebook anda hebahkan blog anda setiap kali ada post yang terbaru.

Rekabentuk blog
Jika anda serius untuk terus bergiat dalam blog. Penyampaian dan persembahan blog mestilah menarik dan boleh meyakinkan pembaca. Untuk blog yang tidak serius dan hanya berkongsi maklumat, template yang sudah sedia ada lebih dari mencukupi. Lagipun kalau anda mahu kelainan pada blog anda perlu cari mereka yang pakar dalam bidang web development. Template yang sedia ada perlu diubah untuk kelainan. Tidak digalakkan untuk mereka yang baru berkecimpung untuk mengubahnya.

Kongsikan gambar dan kenangan anda
Ini biasa kita lihat dalam blog sekarang. Bagi yang sudah berkeluarga Blog adalah tempat untuk berkongsi pengalaman kehidupan seharian. Majoriti pengguna blog sosial berkongsi mengenai pekara sebegini.

Itu saja pengenalan setakat ini. Selepas ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk mulakan membuka akaun dengan Blog dan seterusnya membuat post yang pertama. Itupun kalau ada permintaan dari Kak Sue, selamat membaca.

Buka akaun blog anda

Tuesday, April 16, 2013

Automasi dan integrasi dalam rangkaian sosial – Siri 1 : Pengenalan automasi dan integrasi dalam rangkaian sosial

Untuk memudahkan kita memahami konsep automasi yang ingin diketengahkan adalah dengan memahami scenario mudah seperti dibawah:

Kata kunci
Sumber Kejadian (Trigger Point)
Kejadian (Trigger)
Aksi (Action)
Jika
Kereta
Penggera berbunyi
Kita periksa keadaan kereta
Harungi hujan turun
Hidupkan wiper
Jika
Basikal
Kena paku
Tampall tiub basikal
Tukar tiub baru
Kena curi
Report kepada polis
Cari sekitar kawasan berdekatan

Automasi Sosial: Konsep yang amat mudah difahami dengan contoh diatas. Cara paling mudah untuk difahami adalah dengan mengigati ayat berikut “Jika berlaku sesuatu pada sumber kejadian, lakukan aksi seterusnya.”.

Integrasi: Kita bukan hanya melakukan aksi untuk sumber kejadian (Cthnya Facebook) malah kita boleh laksanakan aksi yang selain dari sumber kejadian(Facebook) kepada sumber kejadian lain (Cthnya aksi kepada Blog, Email, Instagram dll)

Kita lihat pula kaitan scenario diatas dengan rangkaian sosial yang ada. Kalau dilihat pada pemahaman diatas, Facebook contohnya , "Jika berlaku sesuatu pada Facebook(mesej baru, saya ditag dalam gambar, dll) saya, lakukan aksi sesuatu (hantar email, post mesej pada blog, simpan gambar tersebut dalam cloud)." 

Antara rangkaian sosial yang boleh diautomasikan

Terdapat banyak rangkaian sosial (social networking) yang terdapat di alam maya. Antara rangkaian sosial yang utama adalah:
  1. Facebook
  2. Blogger
  3. Instagram
  4. Flickr
  5. Googe Talk
  6. Youtube
  7. dan lain-lain lagi....

Semua rangkaian yang disebutkan diatas mempunya kejadiannya(trigger) sendiri. Setiap kejadian yang berlaku kita boleh laksanakan aksi yang seterusnya. Sila lihat contoh scenario di bawah:


Kata kunci
Sumber Kejadian (Trigger Point)
Kejadian (Trigger)
Aksi (Action)
Jika
Facebook
Mesej status baru oleh anda
Send Email kepada kawan-kawan
Create post pada blog saya
Create post dengan gambar pada blog saya
Anda telah ditag dalam gambar
Send Email kepada saya dan kawan-kawan dengan gambarnya sekali
Jika
Blog
Ada blog post baru
Hantar mesej baru kepada facebook

Masa(Time Schedule)
Pada setiap hari bekerja setiap pukul 9 pagi
Post kata-kata semangat terpilih pada facebook

Email
Ada email baru masuk dari seseorang
Post kandungan email kepada facebook

Scenario diatas adalah hanya contoh sahaja. Banyak lagi aksi yang boleh dilaksanakan.
Harap pembaca faham. Dan jangan ragu-ragu untuk bertanya. Saya akan menunjukkan bagaimana untuk melaksanakan automasi dan integrasi pada post yang seterusnya. Fahami dulu apa yang disampaikan.


Wednesday, April 10, 2013

SOHOBiz 2013 Sabtu 13 April 2013 - Perkongsian pengalaman perniagaan maya bersama Jutawan yang telah berjaya.

Kak Sue teruja nak pergi mendengar dari jutawan yang telahpun berjaya dalam perniagaan melalui internet. Kak Sue bukannya ada banyak pengalaman dalam bidang IT ni. Jadi peluang yang diberikan ini boleh Kak Sue serapkan pengalaman dari mereka yang telah berjaya.

Perkongsian kejayaan bersama jutawan yang berjaya.

Wajah-wajah mereka yang telah menjadi jutawan. CDM Siti Rohana dan suaminya CDM Azlan bersama juga Irfan Khairi

Irfan Khairi adalah antara anak muda yang menjadi jutawan melalui alam maya. Kak Sue tak kenal sangat dengan dia ni. Tapi pernah dengar namanya melalui akhbar dan majalah. Yang Kak Sue tahu dia pernah menjual peta kepada pelanggan yang datang dari seluruh dunia. Dari situ dia mula bergerak hingga menjadi seorang jutawan. Kalau produk yang semudah itu pun boleh berjaya, inikan pula produk lain yang lebih fungsi dan kegunaannya. Tentu ada cara untuk memulakannya. Kak Sue nak lihat bagaimana beliau melakukannya. Kalau dia boleh sudah tentu Kak Sue juga boleh. Dari pasaran tempatan kita boleh pasarkan  produk kepada masyarakat antarabangsa. Sudah tentu.

Ilmu yang ditimba oleh Irfan Khairi semasa belajar digunakan sepenuhnya

Umur yang muda tak menghalang Irfan Khairi untuk bergelar jutawan

Yang kedua, yang akan berkongsi pengalaman adalah CDM Salha. Memang seorang yang masih muda tetapi kejayaan dan pendedahan yang diterima oleh beliau cukup membuat Kak Sue cemburu. Dalam hati kenapa Kak Sue tak mulakan langkah seperti beliau dahulu. Mungkin kerana sikap dan cara pemikiran yang diajar disekolah dulu tidak sama dengan generasi baru atau Generasi Y yang lebih mudah menerima perubahan. Banyak yang akan dikongsi oleh beliau nanti Kak Sue pasti.

CDM Salha yang menjadi icon surirumah untuk berjaya


CDM Salha jutawan muda yang hanya surirumah biasa pada permulaannya.

Kak Sue juga ada membuat kajian, mengikut statistik penduduk Malaysia adalah seramai 28.3 juta pada tahun 2010 dan mengikut pengiraan, pada tahun 2013 sudah melebihi 30 juta jumlahnya jika dikira dengan kadar 2.1% pertumbuhan setiap tahun. Selangor, Johor dan Sabah mendahului jumlah penduduk dari negeri lain. 

Apa yang kita boleh buat dengan statistik ni Kak Sue? Kalau ada sesiap yang selalu cakap tak ada kawan lah nak buat business. 30 juta jumlah penduduk Malaysia adalah kawan kita lainlah kita berperang dengan mereka. Dan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh MCMC hampir 60% atau 18 juta rakyat malaysia boleh mencapai Internet. Negara kita adalah antara yang tertinggi kadar capaian Internet. Jadi macam mana kita nak capai 18 juta kawan-kawan kita di Internet? Jom kita dengar seminar "The power of Social Networking" dari mereka yang telah berjaya. 

Jangan lupa Sabtu ini 13 April 2013, dari pukul 2:00 pm - 5:30 pm, jutawan Internet, Irfan Khairi dan CDM Salha akan berkongsi pengalaman dengan kita semua. Hubungi Kak Sue 012-6396241 untuk maklumat lanjut. Jangan lupa sms Kak Sue, Nama dan No telefon anda jika anda hadir kerana Kak Sue nak uruskan pendaftaran anda. 

Buka minda kita sekarang. Ingat!!! Ini adalah cara perniagaan pada abad akan datang. Jadilah sebahagian dari revolusi akan datang.

Tuesday, April 2, 2013

London & Paris Travel Log Day 5

Pagi ni Kak Sue tak sempat nak berserapan sebab malam tadi sibuk mengemas barang. Dijangkan kami semua akan menaiki keretap EuroStar ke Paris. Selepas siap semuanya Kak Sue pun turun ke lobby untuk chek-out dari Hotel. Ikut perancangan kami kena bertolak ke stesyen keretapi pada pukul 7 pagi kerana takut bas terperangkap dalam jem. Tapi terlewat juga gerak. Perjalanan ke stesyen tak mengambil masa yang lama. Kurang dari setengah jam dah sampai. Sampai saja ke stesyen keretapi. Mr. Darren memberitahu kami terpaksa menunggu didalam stesyen kerana perkhidmatan Eurostar menuju ke Paris telah ditunda waktunya kerana ribut salju yang melanda di sempadan Perancis. Jadual baru akan diberitahu nanti.
Masa tu kami tak kisah, semua masuk kedalam stesyen sambil berjalan-jalan melihat kedai-kedai yang terdapat didalam stesyen. Penat berjalan, kami lepak di cafe berdekatan. Tunggu punya tunggu dari pukul 8 pagi sampai pukul 12 tengahari, pihak keretapi membatalkan perjalanan Eurostar ke Paris atas alasan keselamatan. Kesian Mr. Darren terpaksa membuat rancangan lain. Walau apa pun kita kena pergi ke Paris sebab semua tiket dan hotel telah ditempah. Mr. Darren memberitahu syarikat akan cuba mencari Bas pelancong untuk membawa kami ke Paris. Kena lagi tunggu bas pulak.

Sepanjang menunggu ni satu pekara yang Kak Sue nampak adalah orang disini kurang mesra dengan pelancong. Mungkin kerana kulit kita tak sama kot. Dengan selamba saja pekerja cafe disini menghalau kami dari tempat duduk. Disini hanya untuk pelanggan saja katanya. Dia tak nampak ker dah berapa banyak cawan hot chocolate yang kami minum atas meja ni. Tapi malas nak banyak cerita kami beredar saja. Kak Sue nampak ada customer dari orang tempatan selamba saja duduk minum lama-lama. Nak buat macam mana dah negara orang.
Pendek kan cerita, bas pun datang. Dah dekat pukul 4 petang. Bayangkanlah dari pagi sampai petang duduk kat sini. Bayangkanlah. Nasib baik cuaca sejuk kalau panas tentu bermacam-macam baunya. Lega rasanya bila kami semua boleh bergerak ke Paris. Tak kisahlah naik bas atau keretapi janji bergerak.
Perjalanan dari kota London ke sempadan melintasi laut ke Perancis akan mengambil masa 2 jam. Bas bergerak dan terus menuju ke sempadan. Bila hampir saja ke sempadan memang suasana menjadi lain. Salji tebal mula meliputi pemandangan. Dalam bas ni Kak Sue macam-macam dengar cerita dari kawan-kawan lain. Semuanya cerita lawak yang menghiburkan hati. Yalah dah bosan menunggu dari awal pagi. Kami sampai disempadan lebih kurang pukul 6 dan suasana sudah gelap sedikit dan sejuk. Pada mulanya ingat dah boleh naik keretapi (Bas naik atas keretapi tau, kita semua duduk dalam bas atas keretapi). Tetapi diberitahu kenderaan berat 2 tan keatas tidak dibenarkan menyeberangi selat. Kena tunggu kebenaran dari pihak seberang. Jadi kena tunggu lagi sehingga diberitahu. Terpaksalah bas terpaksa pusing semula dan berehat di kawasan R&R yang berhampiran. Menurut Mr. Darren kita kena tunggu sehingga jam 8 malam. Adoi dah lah penat kena tunggu lagi. Terpaksalah duduk dalam bangunan disitu. Apalagi semua duduk tidor jerlah kat mana-mana yang boleh.

Pukul 8 malam, kami pun bergerak semula dan Alhamdullilah bas boleh berlepas. Untuk pengetahuan, tidak perlu cek pasport pun. Pihak imigresyen UK hanya memeriksa secara rawak, kali ni kita tak perlu. Kak Sue tak tahupun bas akan naik atas keretapi. Kak Sue ingat kita kena turun dari bas dan naik keretapi. Memang canggih, bas akan naik diatas gerabak keretapi, kita hanya duduk saja dalam bas. Dalam masa 10 minit saja keretapi terus bergerak melalui terowong bawah laut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Alhamdullilah semua selamat dan kami berjaya jejak ke sempadan Perancis. Bas meneruskan perjalanan.Selepas setengah jam perjalanan Bas terperangkap dan tak boleh bergerak kerana jalan ditutup. Kak Sue terus tidur, harap-harap akan bergerak nanti. InsyaAllah.
Pagi-pagi lagi dah sampai ke Stesyen keretapi Eurostar.


Masing-masing masih segar dan tak sabar nak meneruskan perjalanan.

Jom kita naik keretapi.

Oh la la... 

Kawasan sekitar stesyen keretapi.

Mundar-mandir menunggu masa perjalanan baru ke Paris.

Belum letih lagi. Sempat jalan-jalan disekitar kawasan stesyen.

Semua dah mula rasa letih. Minum dah bercawan-cawan sampai kena halau dengan staff cafe. Tak mesra pelanggan langsung dorang ni.

Bas yang akan membawa kami ke Paris.

Sekitar kawasan imigresyen sebelum bas boleh naik keretapi melintasi laut. Terpaksa pusing balik dan berehat di R&R berhampiran kerana kenderaan berat tidak dibenarkan.

Walaupun kecewa tak boleh bergerak melintasi sempadan, masing-masing masih boleh tersenyum.

Sejuk gila bila hari semakin gelap.

Posing kat R&R di sempadan UK.

Menunggu di R&R berhampiran sempadan UK sementara menunggu kebenaran untuk berlepas dengan keretapi.

Penumpang boleh keluar berjalan-jalan dalam keretapi yang bergerak.

Bayangkanlah bas dua tingkat parking dalam keretapi.


London & Paris Travel Log Day 5

Pagi ni Kak Sue tak sempat nak berserapan sebab malam tadi sibuk mengemas barang. Dijangkan kami semua akan menaiki keretap EuroStar ke Paris. Selepas siap semuanya Kak Sue pun turun ke lobby untuk chek-out dari Hotel. Ikut perancangan kami kena bertolak ke stesyen keretapi pada pukul 7 pagi kerana takut bas terperangkap dalam jem. Tapi terlewat juga gerak. Perjalanan ke stesyen tak mengambil masa yang lama. Kurang dari setengah jam dah sampai. Sampai saja ke stesyen keretapi. Mr. Darren memberitahu kami terpaksa menunggu didalam stesyen kerana perkhidmatan Eurostar menuju ke Paris telah ditunda waktunya kerana ribut salju yang melanda di sempadan Perancis. Jadual baru akan diberitahu nanti.
Masa tu kami tak kisah, semua masuk kedalam stesyen sambil berjalan-jalan melihat kedai-kedai yang terdapat didalam stesyen. Penat berjalan, kami lepak di cafe berdekatan. Tunggu punya tunggu dari pukul 8 pagi sampai pukul 12 tengahari, pihak keretapi membatalkan perjalanan Eurostar ke Paris atas alasan keselamatan. Kesian Mr. Darren terpaksa membuat rancangan lain. Walau apa pun kita kena pergi ke Paris sebab semua tiket dan hotel telah ditempah. Mr. Darren memberitahu syarikat akan cuba mencari Bas pelancong untuk membawa kami ke Paris. Kena lagi tunggu bas pulak.

Sepanjang menunggu ni satu pekara yang Kak Sue nampak adalah orang disini kurang mesra dengan pelancong. Mungkin kerana kulit kita tak sama kot. Dengan selamba saja pekerja cafe disini menghalau kami dari tempat duduk. Disini hanya untuk pelanggan saja katanya. Dia tak nampak ker dah berapa banyak cawan hot chocolate yang kami minum atas meja ni. Tapi malas nak banyak cerita kami beredar saja. Kak Sue nampak ada customer dari orang tempatan selamba saja duduk minum lama-lama. Nak buat macam mana dah negara orang.
Pendek kan cerita, bas pun datang. Dah dekat pukul 4 petang. Bayangkanlah dari pagi sampai petang duduk kat sini. Bayangkanlah. Nasib baik cuaca sejuk kalau panas tentu bermacam-macam baunya. Lega rasanya bila kami semua boleh bergerak ke Paris. Tak kisahlah naik bas atau keretapi janji bergerak.
Perjalanan dari kota London ke sempadan melintasi laut ke Perancis akan mengambil masa 2 jam. Bas bergerak dan terus menuju ke sempadan. Bila hampir saja ke sempadan memang suasana menjadi lain. Salji tebal mula meliputi pemandangan. Dalam bas ni Kak Sue macam-macam dengar cerita dari kawan-kawan lain. Semuanya cerita lawak yang menghiburkan hati. Yalah dah bosan menunggu dari awal pagi. Kami sampai disempadan lebih kurang pukul 6 dan suasana sudah gelap sedikit dan sejuk. Pada mulanya ingat dah boleh naik keretapi (Bas naik atas keretapi tau, kita semua duduk dalam bas atas keretapi). Tetapi diberitahu kenderaan berat 2 tan keatas tidak dibenarkan menyeberangi selat. Kena tunggu kebenaran dari pihak seberang. Jadi kena tunggu lagi sehingga diberitahu. Terpaksalah bas terpaksa pusing semula dan berehat di kawasan R&R yang berhampiran. Menurut Mr. Darren kita kena tunggu sehingga jam 8 malam. Adoi dah lah penat kena tunggu lagi. Terpaksalah duduk dalam bangunan disitu. Apalagi semua duduk tidor jerlah kat mana-mana yang boleh.

Pukul 8 malam, kami pun bergerak semula dan Alhamdullilah bas boleh berlepas. Untuk pengetahuan, tidak perlu cek pasport pun. Pihak imigresyen UK hanya memeriksa secara rawak, kali ni kita tak perlu. Kak Sue tak tahupun bas akan naik atas keretapi. Kak Sue ingat kita kena turun dari bas dan naik keretapi. Memang canggih, bas akan naik diatas gerabak keretapi, kita hanya duduk saja dalam bas. Dalam masa 10 minit saja keretapi terus bergerak melalui terowong bawah laut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Alhamdullilah semua selamat dan kami berjaya jejak ke sempadan Perancis. Bas meneruskan perjalanan.Selepas setengah jam perjalanan Bas terperangkap dan tak boleh bergerak kerana jalan ditutup. Kak Sue terus tidur, harap-harap akan bergerak nanti. InsyaAllah.
Pagi-pagi lagi dah sampai ke Stesyen keretapi Eurostar.

Friday, March 29, 2013

London & Paris Travel Log Day 4

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di London. Mengikut rancangan kita akan melawat ke Bicester Outlet Village di pinggir kota London. Kalau sesiapa yang pernah pergi Ke Johor Premium Outlet. Konsepnya sama seperti JPO. Barangan terus dari kilang dengan harga yang lebih murah. Perjalanan dengan menaiki bas akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kak Sue bangun awal pagi ini. Selepas berserapan terus turun turun ke lobi..Bila semuanya sudah bersedia kami pun bergerak menaiki bas pada pukul 8 pagi. Semasa perjalanan Mr. Darren memberi sedikit penerangan mengenai Bicester Outlet Village. Antara tips yang diberi adalah kalau nak beli barang berjenama kena sabar dulu dan Mr. Darren mencadangkan supaya membeli barangan tersebut di Paris saja. Lebih murah katanya. Perjalanan kesana lancar dan kami berada disana lebih kurang pada pukul 10 pagi.

Kak Sue pun tak merancang nak membeli sakan disini cuma kalau ada barangan yang memang betul-betul berkenan saja Kak Sue beli. Dalam fikiran, Kak Sue, dah ada satu dua barang nak lihat. Kalau harganya berpatutan dan menarik baru Kak Sue beli. Selepas sampai saja kami semua turun dari bas, Keadaan cuaca memang lebih sejuk kerana kita berada dikawasan pinggir bandar yang lapang dan kurang pembangunan pencakar laingit..Kita akan berada disini sehingga pukul 5 petang. Jadi boleh guna masa yang panjang untuk melawat setip outlet yang berjenama. Lunch adalah sendiri untuk hari ini mengikut kata Mr. Darren. Setuju sebab kami semua tak ada mood nak makan. Nak shopping saja. Cuaca disini amat sejuk dan berangin dan sesekali ada salji ringan turun bila angin bertiup kuat.

Pada mulanya Kak Sue rasa terlalu lama sangat berada disini dari 11 pagi hingga 5 petang kerana kalau nak diikutkan bukanlah sebesar mana kawasan sini. Lebih kurang keluasan JPO di JB saja. Masa kita orang sampai kebanyakkan kedai masih lagi tutup. Jadi pada awalnya seperti biasa sesi bergambar.Selepas selesai kami mencari kedai minuman untuk minum sebentar. Mr. Darren ada memberi kupon percuma yang diberikan kepada kami yang boleh digunakan untuk makan dan minum. Yang bestnyer ada kupon yang memberikan diskaun VIP. Memang terbaik. Terima kasih kepada Mr. Darren yang bersusah payah mendapatkan kupon-kupon VIP untuk kami semua dari pihak pengurusan outlet. Kupon yang diberikan hanya valid untuk satu hari saja dan tidak dihari lain. Jadi Kak Sue kena fikirkan apa barang yang patut dibeli. Suasana disemua kedai adalah mesra pelanggan dan macam Kak Sue cakap, ingatkan terlalu lama tetapi sebenarnya tak cukup masa. Bukan semua tempat Kak Sue masuk. Pada minit terakhir pun masih lagi nak singgah kedai yang belum pergi.

Kali ini tak banyak gambar yang boleh diambil sebab semua outlet melarang gambar diambil didalam kedai. Ada satu kedai yang Kak Sue masuk, penjualnya berbangsa cina yang boleh berbahasa melayu. Confirm orang Malaysia berdasarkan pelatnya. Dari pengamatan Kak Sue target utama pelanggan disini adalah dikalangan pelancong Asia  (Jepun, China, Malaysia dll) dan Asia barat (negara-negara arab) kerana majoriti outlet ada penjual berbangsa asia. Mungkin kerana faktor harga dan cukai membuat ramai pelanggan dari asia membeli disini. Mengikut Mr. Darren, pencuri juga menjadikan orang Asia sebagai mangsa utama jenayah kerana biasanya orang Asia akan membawa banyak wang semasa melancong ke sini. Tak mengharainkan ramai yang menjadi mangsa. Bagi orang muslim, surau yang selesa disediakan untuk mendirikan solat. Jarang kemudahan surau ada ditempat awam di sini melainkan ada kepentingan.

Jalan punya jalan bila tengok jam dah menunjukkan pukul 5 petang, kami semua berkumpul semula sebelum menaiki bas balik ke hotel. Adalah dalam 3 barang Kak Sue beli iaitu beg, kasut dan aksesori wanita. Lepas balik hotel, Kak Sue rancang nak keluar dengan Aween pergi ke Harrods dan Oxford Street untuk mencari kasut yang dipesan oleh anak Kak Sue.

Mengikut rancangan awal kami semua akan terus ke Restoren Melur untuk dinner bersama. Oleh kerana ini hari terakhir di London, ada permintaan dari kami untuk tidak pergi dinner. Kami nak gunakan masa yang ada untuk pergi shopping. Terima kasih Mr. Darren kerana melayan kerenah kami. Bagi yang nak dinner malam ni bas akan hantar ke Restoren Melur dan bagi yang nak bershopping lagi, bas akan berhenti berhampiran hotel untuk menurunkan kami sebelum terus ke restoren.  Kami sampai ke London semula lebih kurang pukul 7 malam. Dalam 39 penumpang yang ada dalam bas hanya 5 orang saja yang nak pergi dinner termasuk suami Kak Sue.Pesan kami pada mereka habiskan makanan untuk kami tau.

Kak Sue pun hantar barang naik ke Hotel dan turun semula untuk pergi ke Harrods dan Oxford Street bersama Aween. Bila Kak Sue balik jer ke hotel, suami Kak Sue dah tido. Barang-barang dah dimasukkan kedalam bag kecuali barang-barang Kak Sue. Esok kena bangun awal sebab mengikut perancangan kita perlu bergerak dari hotel pada pukul 7 pagi menuju ke stesyen keretapi untuk menaiki EuroStar menuju ke Paris. Kak Sue pun kemas barang yang patut. Selepas selesai gi mandi dan tidur.  

Sampai saja di Bicester Outlet Village, kena tengok beg duit dulu. Pastikan Credit Card ada dan cash mencukupi9. 



Angin kuat sebenarnya kat sini. Kami adalah pelanggan yang paling awal. Kedai pun belum bukak nak menyorok panaskan badan

Ingat nak masuk kedai tapi pintu kuncilah...

Semua kontrol cun kecuali Kak Sue yang dah memang kesejukan yang amat sangat.

Nasib baik ada bangsal ni, boleh menyorok dari angin kejap.

Siapa yang pernah pergi ke JPO di JB, konsepnya lebih kurang sama.

Cehhh Awen berbag-bag belinya.

Jangan sampai ada yang tertinggal sudah.

Suami dah pesan awal, dia nak duduk satu tempat kalau dah siap nanti call.

Lunch hari ni kita makan roti dan kena Coklat panas.

Sekejap berangin kuat dengan salji, kejap tenang semula

Kat sini memang patut beli kasut brand Clarks ni, memang murah dari Malaysia.

Terpaksa beli beg nak bawak barang-barang yang terlebih beli. Ingat beg 30 kilo saja sorang.


Cei.. Cei... Aween, banyak membeli. Jangan mendongak bila berjalan Aween,  pandang kebawah takut nanti tergolek susah.


Esok kami akan bergerak ke Paris... Kak Sue tak sabar nak kesana... Shopping dan jalan-jalan.