Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

Teknologi Internet membantu dalam bidang perniagaan kecilan

Alhamdullilah ada saja orang pesan barang walaupun sedang buat kerja lain. Suami Kak Sue, yang memang bekerja dalam bidang IT, cakap pada masa akan datang internet ini adalah satu keperluan dan akan mengubah cara kehidupan seharian. Sebagai contoh cara kita berbelanja dan membeli belah. Nak beli barang pergi ke kedai adalah cara lama dan tak bersesuaian pada masa akan datang. Tak perlu lagi sewa kedai, hanya perlu tempat untuk simpan barang dan sistem yang menerima tempahan. Kak Sue pun percaya sebab sekarang pun dah nampak usaha kearah itu. Cara nak cari pendapatan terbuka kepada semua. Tak kisah kita ada sijil apa, degree apa tapi kalau kita tahu gunakan kesempatan disamping bantuan dari mereka yang telah berjaya. InsyaAllah kita boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap. Suami Kak Sue kasik contoh website peniaga maya yang telah berjaya di Malaysia:
1. http://motor-part4u.blogspot.com/
2. http://www.shashinki.com/shop/
3. http://rcsmart.com.my/
4. http://eshop.tesco.com.my/

Internet menjadi revolusi perniagaan maya

Jadi apa yang Kak Sue nak cakap disini adalah peluang untuk kita berjaya terbuka luas dan tiada sempadan. Tidak ada sekatan. Cuma kita perlu tahu apa yang kita lakukan tidak menyalahi akta dan panduan dari Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC). Mereka diatas semua telah mulakan perjalanan tak kan kita nak biarkan peluang yang ada. Tak pandai kita tanya dan belajar dari mereka yang tahu.

PS: Malam tadi tengah tidur pun dapat order sabun ketiak.

Friday, July 5, 2013

Amalan doa untuk anak yang akan ambil peperiksaan

Dua orang anak Kak Sue, Sofea dan Nur-Balqis akan menghadapi SPM dan UPSR. Masa Sofea menghadapi PMR, Kak Sue cukup risau dan susah hati. Kak Sue tak dapat nak bantu semuanya apa yang Kak Sue buat hanya mendoakan kejayaan Sofea. Alhamdullilah Sofea berjaya mendapat 8A1 dalam PMR. Untuk SPM Kak Sue nampak kesungguhan Sofea walaupun keputusan peperiksaan bulanan tak seperti PMR tapi Kak Sue percaya Sofea boleh melakukannya. Kak Sue doakan semoga Sofea dan Nur-Balqis mendapat keputusan yang baik.

Kak Sue cari himpunan-himpuna doa untuk anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan. Untuk pengetahuan Kak Sue ambik cuti semasa Sofea menghadapi PMR. Apa yang Kak Sue buat.
  1. Ambil Wuduk
  2. Mengadap Kiblat
  3. Mengucap 2 Kalimah Syahadah (3x)
  4. Membaca Surah Al-Fatihah (10x)
  5. Membaca Surah 3 Qul (1x) 
  6. Membaca Surah Insyirah (1x)
  7. Membaca Selawat (10x)
  8. Membaca Surah Yassin (1x)
  9. Baca Surah Insyirah (100x)
  10. Berniat didalam hati supaya Allah SWT menolong dan menerangkan hati anak untuk menjawab soalan dengan tenang
Tak semestinya kita ambik cuti. Amalan diatas boleh dilakukan dimana-mana saja semasa anak-anak kita sedang menghadapi peperiksaan. Doa ibubapa adalah lebih afdal dan mudah sampai kepada anak-anak. Kita mesti percaya dana yakin disamping anak-anak telahpun membuat persediaan sebelum mengambil peperiksaan. Amalan diatas Kak Sue ambil dari internet dan kongsikan kepada ibu atau bapa yang ingin membantu anak-anak semasa peperiksaan. Insyallah tuhan lebih mengetahui dan menerima permintaa dari kita. Amin.

Wednesday, May 8, 2013

18 tahun vs 1 tahun - memang berbaloi layak ikuti rombongan percuma 2x tak sampai setahun berusaha.

Sudah lebih 18 tahun Kak Sue bekerja makan gaji. Alhamdullilah dengan rezeki yang tuhan beri kami sekeluarga dapat hidup bahagia. Dari segi keewangan nak kata susah pun tidak, senang pun tidak. Cukup untuk jalani kehidupan seharian dan sedikit lebihan untuk dibelanjakan. Yang beza adalah kemampuan membeli dan rating keewangan tinggi sikit. Senang cakap Kak Sue dikategrikan sebagai golongan pertengahan. Masa Kak Sue mula-mula bekerja dulu, Kak Sue boleh letakkan diri sebagai golongan bawahan, memang gaji cukup-cukup makan dan memang tak mampu nak membeli keperluan lain. Contohnya seperti kereta, rumah, hartanah dan lain-lain lagi. Rating keewangan Kak Sue bertambah bila masuk tahun ke 8 bekerja dimana dengan gaji yang sedikit tinggi Kak Sue dan suami sudah mila berkira-kira untuk membeli rumah dan kenderaan lebih selesa. Untuk pengetahuan semua masa mula-mula dulu kami pergi bekerja hanya menaiki motor kupchai selama beberapa tahun.Terus terang kami tidak mampu nak membayar ansuran bulanan yang dalam linkungan RM 600-1000 sebab gaji kami berdua pun pada masa tu lebih kurang RM 1000. Sewa rumah, bil elektrik, belanja dapur dan lain-lain lagi memang tak cukup. Inikan pula nak beli rumah atau kereta. Pada masa tu tak pernah terfikir untuk berubah kerana dalam fikiran kami biarlah begini janji kami tidak menyusahkan orang. Semakin lama semakin selesa dengan keadaan tersebut. Gaji pun bertambah dan pangkat pun naik. Buat apa nak susah-susahkan diri cari lain sebab pangkat dan gaji akan naik seiringan dengan pengalaman. Semakin lama kami bekerja semakin bertambah kedudukan keewangan. Perasaan begitu berterusan sehingga tahun lepas. Bila terbaca rencana mengenai CDM Salha yang telah berjaya dan menjadi jutawan dalam usia yang begitu muda Kak Sue terfikir kembali zaman-zaman muda Kak Sue dulu. Dalam fikiran "Ahhhh... rezeki dia, tuhan nak kasik" tapi dalam hati "Bagusnya kalau jadi macam tu berduit pada usia yang muda". Perasaan cemburu mula timbul bila Kak Sue baca lagi mengenai CDM Salha, beliau dan suami sama seperti Kak Sue muda-muda dulu bekerja makan gaji sebelum beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Walaupun menjadi suri rumah beliau bertekad untuk memulakan perniaggan sendiri dan mengharungi cabaran dan akhirnya sekarang beliau berjaya pada usia yang muda dan suaminya juga berhenti menumpukan sepenuh masa bersama dalam perniagaan.

Mereka semua sama macam kita boleh berjaya.

Keewangan bukan faktor utama Kak Sue terlibat dalam perniagaa ini tetapi kisah kejayaan yang dikecapi oleh CDM Salha menjadi pemangkin untuk Kak Sue mencuba. Terus terang Kak Sue bukan kesempitan keewangan pada waktu itu lebih kepada dorongan untuk kecapi kejayaan seperti itu. Akhirnya Kak Sue mengambil keputusan untuk mencuba terlibat dalam bidang yang sama. Bermula June 2012 Kak Sue bertekad untuk bermula. Perniagaan sebegini memang ramai kawan-kawan Kak Sue perkenalkan tapi pada waktu itu tidak ada pemangkin, semangat atau minat kerana selesa dengan kedudukan pada waktu itu. Lagipun produk yang ditawarkan lebih kurang sama dengan produk yang lain. Diringkaskan cerita Kak Sue pun bermula dan alhamdullilah dalam masa sebulan Kak Sue telah berjaya mencapai statu yang dikehendaki. Jualan yang Kak Sue buat melebihi jangkaan awal. Bila keadaan begitu timbul rasa semangat untuk meneruskannya walaupun secara sambilan saja. Ada masanya memang tidak ada jualan kerana sibuk dan tidak ada rancangan yang betul. Kalau duduk saja nak tunggu orang cari kita memang tidak jalan. Atas sebab itu Kak Sue dan rakan perniagaan Awin telah berusaha bersungguh-sungguh dan kami berdua bukan saja memecahkan rekod penjualan malah layak untuk kali pertama mengikuti rombongan percuma ke London dan Paris Mac 2013. Bukan itu saja, sekali lagi kami berdua layak mengikuti rombongan percuma ke Shangai pada bulan September 2013 nanti. Setahun 2 kali kami pergi melancung Alhamdullilah berkat usaha.

Apa yang Kak Sue nak sampaikan disini adalah kita ada pilihan untuk berjaya samada menunggu peluang  atau terus mencuri peluang . Bayangkan usaha yang gigih sejak Jun 2012 sehingga April 2013 yang tak sampai pun setahun lagi telah membuahkan banyak hasil dan imbuhan yang lumayan berbanding sebelum ini 18 tahun Kak Sue bekerja. Kak Sue juga kena buat sales dan cari pelanggan untuk kerja sebelum ini tapi imbuhannya sekarang jauh dari apa yang Kak Sue perolehi dan perlu diingat Kak Sue bukan sepenuh masa.

Apa perancangan Kak Sue selepas ini adalah unutk terus bergiat berusaha dan jika diizinkan Kak Sue akan terlibat secara sepenuh masa nanti. InsyaAllah semoga tercapai apa yang Kak Sue impikan. Amin....

Wednesday, August 1, 2012

Setiap langkah ada pahit dan manisnya. Hakikat.

Sudah hampir seminggu Kak Sue tak mengemaskini blog ni. Sebenarnya memang terlalu sibuk dengan aktiviti seharian dan sampingan sehingga tak dapat nak berkongsi berita dengan anda semua. Banyak sebenarnya temujanji yang Kak Sue buat sepanjang bulan Ramadhan ini. Penat memang penat tapi Kak Sue teruskannya. Kak Sue tak paksa diri tetapi melakukannya dengan ikhlas, minat dan semangat untuk berjaya.

Nak kongsi dengan anda semua respon yang diberikan semasa bertemu dengan pelanggan. Antara respons yang diberikan:

  1. Mendengar apa yang Kak Sue terangkan dan memberikan respon yang positif dan negatif. Orang seperti ini senang nak mengadakan temujanji. Mereka lebih terbuka dengan pandangan dan kita perlu menerima pandangan negatif secara terbuka dan berhemah. Kalau kita cepat melatah peluang untuk "close" jualan atau menjadi rakan perniagaan akan berkurangan. Berfikir sebelum memberi pandangan atau respon pada pelanggan.
  2. Mendengar sambil lewa dan telah bersedia memberikan respon yang negatif. Biasanya mereka ini tak berminat cuma atas sebab perhubungan dan untuk menjaga hati. Kita boleh rasa penolakan pada peringkat awal. Teruskan dengan penerangan dan jawapan mungkin orang sebegini boleh menjadi penyampai kepada kawan-kawan lain tentang bisnes kita secara tidak langsung boleh menambah kenalan. Sabar dan fokus kerana kita berniaga dan bukan semua orang boleh terima.
  3. Mendengar dan berminat tetapi berubah atas pandangan orang yang ketiga. Mereka ini seperti ragu-ragu atau tidak mampu menolak secara berdepan. Biasanya mereka secara umum setuju pada peringkat awal tetapi menolaknya selepas itu dengan alasan yang munasabah. Bergantung pada alasan usaha penerangan berterusan mungkin boleh mengubahnya. Kita perlu tahu alasan yang boleh diubah atau muktamad. Perlu pertimbangan supaya tidak memberi kesan yang buruk kepada kita dan pelanggan.
  4. Yang terus positif, ingin berjaya dan berminat untuk menjadi rakan perniagaan atau "Business Partner". Orang macam ni Kak Sue tak pernah jumpa lagi. Kalau jumpa 10 orang yang sebegini, Kak Sue jamin dalam masa sebulan boleh jadi "CDM" : ). Jadi kena positif setiap kali berjumpa pelanggan sebab ada kemungkinan kita akan bertemu orang yang sebegini walaupun susah tetapi memang ADA. Kalau tak ada orang sebegini tak akan ada "CDM" yang ada sekarang ni. Macam Kak Ogy Ahmad Daud komen dalam akademi fantasia "Gali dalam-dalam lagi....."
Tidak ada apa salahnya dengan respon yang diberikan sebab itu memang keadaan sebenar yang kita akan tempuhi. Bagaimana kita nak hadapi dengan respon yang diberikan adalah dengan lebih bersikap terbuka dan bersedia menerima penolakan. Jangan kecewa hanya kerana terdapat penolakan. Kalau tak ada penolakan dalam perniagaan tentu semua orang dah berjaya sebab semua orang terlibat. Hanya orang yang betul-betul kuat saja mampu mengatasinya.

Sebenarnya risiko dalam perniagaan Premium Beatiful ni memang rendah jika nak dibandingkan dengan perniagaan konvensional yang lain. Premium Beatiful tidak memerlukan kedai, pekerja, kunci kira-kira dan kos yang tinggi. Kita boleh gunakan apa yang ada disekeliling kita (saudara mara, kawan kawan, rangkaian komputer, internet, handphone, blog, forum, facebook, YM, Whatapps, GTalk....dll) untuk memulakannya kecuali modal, tenaga dan perancangan. Rasanya tidak ada lagi yang muflis hanya kerana menceburi bidang ini.

Ada beberapa cara untuk memulakannya secara cepat ataupun beransur-ansur. Kedua-dua cara boleh menghasilkan kejayaan dengan syarat berusaha dan mempunyai perancangan yang baik bersama kumpulan. Telah banyak kali Kak Sue katakan ini bukan kerja berseorangan, perlu ada kerjasama berkumpulan untuk berjaya. Kalau nak harap kerja berseorangan memang susah nak berjaya. Macam juga perniagaan lain untuk berjaya kita kena ada "Networking" yang sihat dan pelbagai. Kongsikan kejayaan bersama dan bukan berseorangan. Akhir sekali, Kak Sue mempunyai impian dan akan melaksanakannya. Jika anda bersedia untuk bersama-sama mengejar impian, insyallah kita boleh bersama mengharunginya. Anda yang tentukan kejayaan dan bukan orang lain.


Friday, July 27, 2012

Bimbingan dari Kak Sue untuk anda yang ingin bermula

Salam kepada semua, alhamdullilah Kak Sue masih lagi dapat menjalani ibadah berpuasa dan sihat sejahtera disamping menjalankan tanggungjawab di tempat kerja dan perniagaan Premium Beautiful. kepada pembaca yang inginkan pendapatan yang boleh menjangkau kepada 4, 5  dan 6 angka, Kak Sue sedia membantu secara terus atau "One to One guidance".  Tak kisah anda berada dimana, Kak Sue sedia memberikan bantuan dan panduan.Yang PENTING anda hanya perlu ada keinginan, minat dan dedikasi. Bermula dari 0 dan seterusnya hingga mencapai apa yang diinginkan. Kak Sue tahu bukan mudah untuk mulakannya tapi secara perlahan-lahan dengan bimbingan dan semangat untuk bekerjasama dan berjaya, InsyaAllah kita boleh lakukannya.  Kak Sue tahu apa yang sesetengah dari anda fikirkan... "Alahhh cakap boleh ler nanti bila dah jadi rakan perniagaan akan dibiarkan saja kita berseorangan. Yang kaya nanti orang atas". Perlu Kak Sue ingatkan dalam perniagaan ini anda tidak boleh berseorangan untuk berjaya. Ia perlu kerja berkumpulan. Kak Sue sebagai orang yang memperkenalkan kepada anda tidak akan membiarkan anda berseorangan. Kak Sue akan membantu anda semampu yang boleh untuk bersama sama mencapai kejayaan. Kenyataan bahawa orang atas boleh kaya adalah salah. Dalam perniagaan Premium Beautiful, anda orang dibawah sebenarnya boleh menjadi ketua kepada orang atas jika usaha anda lebih berjaya dan orang atas tak akan mendapat apa-apa habuan jika hanya mengharap orang dibawah bekerja.

Kerjasama erat adalah kunci kejayaan bersama

Dengan pengalaman Kak Sue dalam bidang pemasaran dan keewangan, Kak Sue boleh membantu anda untuk memulakan langkah. Yang penting kerjasama dan mampu mengikuti plan yang bakal dibincang dan akan dilaksana bersama. Kak Sue serius bila menyebut "kerjasama". Dalam masa dua bulan selepas Kak Sue menceburi perniagaan ini, aktiviti Kak Sue penuh setiap hari dan minggu. Kak Sue tumpukan sepenuhnya disamping kerja harian. Kak Sue ada matlamat dan usaha cuma kejayaan tidak akan datang dalam masa yang terdekat sebab ini bukan perniagaan skim cepat kaya. Habuan yang akan diterima setelah usaha yang telah dilakukan nanti bakal melenyapkan segala penat dan kepayahan yang dilalui. Kak Sue baru bermula dan pendapatan Kak Sue pada bulan pertama adalah RM10,+++.00. Peluang untuk menambah pendapatan memang ada cuma anda saja yang mampu mengubahnya. Jika nak seribu daya atau seribu dalih menolaknya. Jika anda ingin bersama-sama hubungilah Kak Sue. Tak kisahlah anda di Johor, Kelantan, Penang, Pahang,  Perlis atau di mana mana saja didalam Malaysia atau luar seperti Singapura dan Brunei sila hubungi saja. Kak Sue sedia berkongsi dan memulakannya bersama. InsyaAllah.

PS: Dalam bulan puasa ni pun, Kak Sue penuh dengan aktiviti perniagaan. Selepas menunaikan solat terawih Kak Sue berjumpa dengan pelanggan dan menghadiri kelas. Raya tahun ni terus terang Kak Sue tak mengharapkan habuan dari tempat kerja sekarang. Kak Sue dah ada budget untuk perayaan. Anda juga boleh lakukannya.

Thursday, July 5, 2012

Dorongan untuk berjaya

Sedikit tentang latar belakang Kak Sue. Untuk pengetahuan semua Kak Sue belajar dalam jurusan perniagaan di salah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan. Kak Sue telah bekerja dalam bidang perbankan lebih dari  dari 15 tahun. Banyak pengalaman yang telah dilalui semasa bekerja. Semuanya dilakukan atas tanggungjawab bagi membantu suami menampung perbelanjaan seharian.

Tanggungjawab seharian diutamakan

Kehidupan kami sama seperti pasangan lain ada pasang surutnya dan kami masih lagi bersama meneruskannya. Kak Sue bersyukur kerana pendapatan kami berdua memang cukup untuk menampung kehidupan sekeluarga. Kak Sue percaya majoriti dari kita akan melakukan pekara yang sama, kerana telah menjadi rutin seharian emak dan ayah kita sejak merdeka. Bagi orang Melayu terutamanya, cara hidup begini memang menjadi lumrah, bekerja untuk orang lain bagi menampung kehidupan seharian. Tidak salah dan memang sepatutnya dilakukan. Yang penting kerja yang dilakukan mestilah halal dan diberkati. Kita kena terima majoriti dari kita adalah pekerja yang makan gaji bulanan. Ini adalah zon selesa yang majoriti dari kita memilihnya. Untuk keluar dari zon ini bukan mudah, sebab banyak pekara yang perlu diambik kira disamping risiko yang dihadapi untuk keluar dari zon selesa tersebut. Berlainan dengan bangsa lain yang telah bergiat dalam bidang perniagaan dan menurunkannya kepada generasi seterusnya. Bukan nak cakap, Kak Sue bekerja di bank dan realitinya simpanan dorang memang banyak jika dibandingkan dengan kita yang makan gaji bulanan.


Bersama emak dan adik beradik

Pilihan untuk keluar dari zon selesa adalah ditangan kita. Kak Sue percaya kita semua bukannya bodoh dan tidak tahu bidang perniagaan lebih menguntungkan. Cuma kita terbatas dengan modal dan peluang. Sikap kita yang telah dipupuk dengan budaya lepas belajar cari kerja makan gaji. Jarang kita dengar ibu bapa yang menggalakkan kita menjerus kepada bidang perniagaan sendiri. Peluang dalam bidang ini memang terbentang luas. Kak Sue bukan nak katakan hanya perniagaan Premium Beautifuf saja tetapi secara keseluruhan dan umum. Ada banyak cara untuk memulakannya.  Dari pemerhatian Kak Sue, dalam bidang perniagaan, orang Melayu banyak terlibat dalam perniagaan yang lebih mudah antaranya seperti membuka gerai makanan, menjual kuih-muih, membuka butik dan kedai pakaian. Keutamaan diberikan kepada perniagaan keperluan seharian. Terbukti ada antara mereka telah pun berjaya. Ahli keluarga Kak Sue juga ada yang terlibat dalam bidang perniagaan kedai makanan dan telah diikuti oleh anak-anaknya dan tenyata mereka berjaya.

Suami dan anak-anak

Atas kesedaran ini, Kak Sue ingin mencuba untuk keluar dari zon yang selesa. Terus terang Kak Sue sebelum ini memang tidak berminat langsung untuk terlibat dalam bidang jualan langsung. Bila didekati oleh mereka, Kak Sue akan cuba menolak secara baik. Mungkin, anda pembaca blog dan Kak Sue juga adalah sebahagian darinya. Memang lumrah sebab dalam hati selalu berkata "Buat apa nak susah-susah, dah ada kerja, janji boleh makan dan tak menyusahkan orang lain dah cukup". Sikap begini memang tiada siapa pun boleh ubah melainkan diri sendiri. Sikap Kak Sue pun begitu sebelum ini. Cerita-cerita tentang kegagalan mereka yang sebelum ini mencuba juga menghantui sikap Kak Sue untuk mencuba bidang ini.

Dengan pendapatan yang Kak Sue ada, buat apa nak menyusahkan diri untuk mencari sesuatu yang tidak pasti kejayaannya. Setiap kali produk diperkenalkan oleh kawan-kawan kebanyakkannya tidak meyakinkan Kak Sue untuk membeli dan mencuba. Tak salah menjualnya sebab kita sama-sama mencari rezeki yang halal tapi keperluan Kak Sue untuk menggunakannya tidak ada, mungkin berguna untuk orang lain.


Ahli keluarga kami

Perubahan sikap Kak Sue ingin menceburi bukan semata-mata hanya dengan cerita-cerita kejayaan mereka yang telah berjaya , tetapi keinginan dan peluang yang terbuka disamping produk yang baik dan berkesan. Kejayaan memang diimpikan. Galakan dan panduan dari mereka yang telah berjaya amat diperlukan. Bagi Premium Beautiful, pasaran memang besar kerana kesedaran masyarakat terutamanya wanita dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan sedang meningkat. Produk yang ingin dimiliki oleh wanita terutama bagi golongan wanita yang berkerjaya.

Semoga usaha yang kuat dan tersusun bersama rakan-rakan perniagaan lain akan beroleh kejayaan. Keinginan untuk  melibatkan diri secara sepenuh masa juga semakin bertambah selepas melihat perkembangan yang positif. Insyallah hasrat Kak Sue akan tercapai.

Monday, July 2, 2012

Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha

Tanggungjawab pada keluarga dan anak-anak juga adalah sebahagian dari kewajipan. Alhamdullilah berkat usaha anak sulung saya telah mencapai keputusan yang cemerlang pada PMR tempohari. Sabtu lepas 30/06/2012 saya merehatkan diri dari aktiviti PB untuk turut serta dalam majlis penyampain Anugerah Kecemerlangan PMR 2011. Bukan itu saja Sofea Mardiana juga telah mendapat tempat ke tiga terbaik keseluruhan dalam aliran pada tahun 2011.

Sofea Mardiana menerima Sijil di hari Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2011

Terus terang bukan mudah nak mencapai kejayaan kerana pada awalnya perkembangan pelajaran Sofea Mardiana tidak begitu baik tapi atas kesedaran kami suami isteri telah membantunya untuk berjaya disaat-saat akhir. Terima kasih Kak Fifie sekali lagi kerana menghadiahkan kami dengan 8A.

Apa yang kita boleh pelajari disini adalah kejayaan boleh dicapai dalam apa saja bidang. Fokus dan usaha yang kuat disamping dorongan dari mereka disekeliling. 

Semoga Sofea berjaya untuk SPM 2013 yang akan datang. Insyallah....

PS: Ayahnya suruh jadi Doktor tapi dia lebih berminat untuk menjadi Jurutera... Biarlah dia buat pilihannya sendiri. Yang penting kami telah berikan yang terbaik untuknya.


Tuesday, June 12, 2012

Ada 6 jenis bakal rakan pemasaran yang biasa ditemui

Nak berkongsi pengalaman dengan kawan kawan. Sepanjang saya bekerja dalam bidang yang boleh dikatakan berhubung kait dengan marketing dan penjualan produk (Bukan Premium Beautiful). Nak mencari pelanggan yang boleh membeli produk memang senang tapi nak mencari orang yang terlibat terus dengan plan pemasaran produk, memang sukar. Boleh dikategorikan biasanya pelanggan terdiri daripada bebarapa jenis:

1. Berminat dan berikan komitmen (5%)

  • Kumpulan pelanggan seperti ini paling susah nak ditemui. Bersemangat dan komitted dengan usaha dan memasarkan product. Boleh bekerja sendiri tanpa usaha dari orang lain. Mempunyai idea dan plan untuk mencapai sasaran.
2. Berminat dan komited tapi tidak ada duit (10%)


  • Bergantung kepada jenis produk. Kumpulan sebegini boleh dijadikan rakan untuk memasarkan produk. Dengan galakan dan bantuan daripada ketua kumpulan. Mereka boleh mencapai dan mengikut rancangan yang direncanakan. Galakan dan dorangan yang bertali arus akan memberikan semangat kepada mereka untuk berjaya.
3. Berminat tapi pernah gagal dengan produk lain (5%)


  • Mereka yang pernah menjual produk lain sebelum ini dan gagal. Mereka akan sentiasa membandingkan produk. Mereka lebih minat mengenai plan pemasaran dan keuntungan. Tahu tengtang tanggunjawab sebagai penjual. Ada banyak sebab mereka gagal dan anda perlu tahu untuk menjawab setiap pertanyaa. Mereka lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. 
4. Berminat tapi tak mahu komitmen (10%)


  • Biasanya mereka hanya nak berada pada tempat yang senang. Senang cakap, nak kerja mudah saja. Mereka tak sanggup nak berikan usaha. Selalu memberikan alasan. Susah sikit untuk melayan orang sebegini kerana mereka akan sentiasa mengharap kita untuk melakukannya. Terlalu bergantung pada usaha kita. Mungkin boleh untuk permulaan tapi jika gagal seawalnya mereka akan terus tidak berminat.


5. Tak berminat tapi ada duit dan nak buat duit tapi tak mahu komitmen (10%)

  • Paling mudah cakap, ini golongan orang KAYA dan duit bukan masalah bagi mereka. Kalau diberikan keuntungan pada mereka. Mereka akan setuju untuk bersama dengan syarat mereka tak buat apa-apa. Mereka hanya mahukan keuntungan saja. Bergantung kepada produk yang anda pasarkan. Majoriti mereka hanya mahukan keuntungan cepat dan pendek dengan usaha yang minimum. Kumpulan sebegini boleh membantu mereka yang tidak mempunyai modal untuk memulakan perniaggan. Tetapi kena hati-hati kerana kita tak mahu seolah-olah kita bekerja untuk mereka. Kalau macam tu baiklah anda kekalkan kerja sekarang. Itupun kalau anda bekerja... hehehehehe....

6. Langsung tak kisah dan tak nak ambil peduli (60%)

  • Susah sikit nak tarik minat dalam kumpulan ini. Samada mereka dah selesa dengan kehidupan sekarang atau sibuk dengan tanggungjawab dan kerja. Bagi mereka kerja-kerja menjual produk adalah tidak bersesuaian dan bukan skill mereka. Biasanya dah selesa dan tak perlu untuk mengubah apa-apa. Mereka bolehlah digolongkan dalam kumpulan PEMBELI sahaja.


Dari pengamatan diatas saya lebih berminat dan cenderung kepada mereka yang berada dalam kumpulan 1 - 5. Rasanya pembeli terbesar produk adalah mereka yang berada dalam kumpulan 6.

PS: Semuanya di atas adalah pendapat peribadi saya. Bukan diambil dari mana-mana sumber, melainkan gambar-gambar sebagai sokongan catatan.