Showing posts with label Premium Beautiful. Show all posts
Showing posts with label Premium Beautiful. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Anugerah DSM, permulaan perubahan sikap dan masa depan

Pada Sabtu yang lepas Kak Sue menghadiri Penganugerahan Diamond Sales Manager (DSM). Memang meriah dan berwarna-warni. Ada 2 lagi tahap sebelum mencapai target iaitu melangkah menjadi DDM dan seterusnya menjadi CDM. Yang hadir pada majlis semuanya memperagakan pakaian yang cantik macam anugerah filem. Mereka semua sebenarnya adalah usahawan yang telah berjaya dan akan berjaya. Ada antaranya adalah doktor, hakim, arkitek, jurutera, projeck manager, pensyarah malah pekerja biasa dan suri rumah. Mereka adalah antara yang mahu mengubah hidup menjadi usahawan yang berjaya.

Majlis Penganugerahan DSM 2013

Hidangan yang disediakan pada majlis anugerah. Boleh tahan sedapnya.

Bersama rakan perniagaan

Perjalanan untuk mencapai apa yang diimpikan bukannya mudah tetapi memang boleh. Kisah doktor, tenaga kerja professional yang meletakkan jawatan dengan menumpukan sepenuh masa pada perniagaan ini menjadi contoh terbaik bagaimana ilmu yang ada didada boleh digunakan untuk kemajuan diri sendiri. 

Kak Sue yakin dan akan berusaha untuk capai kejayaan yang lebih besar

Sambil menunggu giliran untuk naik kepentas bergambar sakan.

Nida dan suami juga hadir bersama

Kak Sue merasakan setelah terlibat hampir setahun dan berada pada tahap sekarang telah mengubah pandagan hala tuju masa depan  Kak Sue . Semakin berusaha dengan gigih semakin  Kak Sue  yakin kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang berterusan. Bukan seorang dua saja yang telah berjaya. Jika dilihat pada hadirin yang hadir, tidak percaya ada sesetengahnya sudah bergelar jutawan dan hanya menumpukan sepenuh masa pada perniagaan ini. Mereka semua tidak ada kedai dan menyimpan stok tetapi pendapatan mereka mengalahkan CEO syarikat korporat.  Kak Sue  bukan nak momokkan dengan cerita dan angan-angan tentang mereka yang telah berjaya tapi kita kena ambik panduan tentang kisah disebaliknya bahawa mereka semua adalah sama seperti kita dan bukan terus berjaya. Semuanya bermula dari bawah sehingga mencapai pada tahap sekarang. Sesuatu yang tidak mustahil dicapai.

Bersama Aween, sepupu Aween dan Nida

Aween macam biasalah meriahkan suasana

Bergambar bersama sebahagian dari group TLC

Aween mulalah tu buat aksi

Bersama leader  Kak Sue , Wani

Jam nak dekat pukul 1 pagi ni tapi semuanya masih sabar beratur menunggu giliran

Yang ditunggu-tunggu penganugerahan DSM

Bukan bermakna kita perlu meletakkan jawatan untuk berjaya. Persediaan dan perancangan untuk mencapai target mesti ada. Usaha yang gigih dan tidak putus asa penting. Bukan semua boleh berjaya tapi dengan panduan dan latihan yang diberikan oleh mentor akan membuka jalan kearah yang lebih baik. Kita kena tanya pada diri sendiri adakah kita mampu dan sanggup. Jika "Ya" jawapannya, ini adalah antara perniagaan yang boleh kita ceburi untuk mengubah hidup menjadi lebih baik dan diberkati.

Sempat posing sebelum turun dari pentas
 
Aween macam biasa lah. Ambik gambar cun please....
 
Hahahahah... Makan beradab tu Aween.

Pada satu masa nanti,  Kak Sue perlu membuat keputusan yang boleh mengubah kehidupan masa depan.  Kak Sue  percaya dan yakin boleh berjaya kerana apa yang boleh dicapai setakat ini dengan hanya menjalankan perniagaan secara sambilan. Kak Sue percaya dengan fokus dan semangat untuk belajar bersama-sama mentor, InsyaAllah  Kak Sue  boleh bersama-sama mereka yang telahpun berjaya. Percaya atau tidak, ini adalah fakta, syarikat ini telah melahirkan ramai jutawan bumiputera. Yakin boleh. Amin...

 








Monday, June 24, 2013

Top Leader Circle semakin dikenali

Kak Sue nak berkongsi tentang usaha kumpulan Top Leader Circle atau secara ringkas TLC.
TLC adalah sebuah kumpulan yang bergerak secara berkumpulan bagi menjayakan misi membantu dan menghasilkan usahawan yang berjaya. Ketua kumpulan adalah terdiri daripada mereka yang telah berjaya.

TLC adalah antara kumpulan terbaik 2013



Daripada pengamatan Kak Sue, objektif utama penubuhan TLC adalah:
  1. Membantu mereka yang baru hendak memulakan perniagaan dengan memberikan latihan dan tunjuk ajar secara lebih sistematik dan tersusun.
  2. Berkongsi rancangan dan strategi perniagaan secara berkumpulan.
  3. Melahirkan ahli usahawan yang berjaya dengan melaksanakan "The Millionaire Project"

Kebebasan kewangan menjadi impian semua

Kenapa kita perlu memilih TLC:
  1. Ahli TLC terdiri daripada golongan pendapatan yang bercampur-campur. Suri rumah tangga, golongan professional, kakitangan kerajaan dan pekerja bawahan  Jadi perkongsian pengalaman hampir meliputi seluruh golongan pendapatan.
  2. Pendedahan kepada pihat media yang luas seperti akhbar Berita Harian, The Star, New Straits Times, Kosmo dan juga media elektronik seperti Astro, TV3, TV9, TV1 dan Bernama.
  3. Latihan yang berterusan kepada usahawan
  4. TLC bakal mempunyai pusat latihan yang tetap bagi melatih mereka yang berminat dalam keusahawanan.
  5. Produk yang berkualiti dibawah syarikat yang telah beroperasi lebih 20 tahun dan telah melahirkan ramai jutawan dari golongan bumiputera..

Pencapaian TLC:
  1. Dinobatkan gelaran "Ikon Sohonita Malaysia" oleh Dato' Seri Shahrizat Abdul Malik.
  2. Ahli panel forum keusahawanan untuk para wanita anjuran Sohonita Malaysia.
  3. Pengiktirafan oleh syarikat sebagai salah satu kumpulan terbaik di Malaysia dengan memberi peluang kepada wakil TLC CDM Salha untuk memberikan ucapan pada Majlis Diamond Night pada 22 Jun 2013.
Telah hampir setahun Kak Sue bersama TLC an mereka telah pun berjaya membantu usahawan mencapai matlamat yang diimpikan. Latihan dan sokongan yang diberikan banyak membantu. Kesimpulan yang boleh kita dapati disini adalah untuk mencapai kejayaan kita tidak boleh melakukan secara berseorangan. Perlu mencari ilmu dan mendapat pandangan dari mereka yang telah berjaya. 

"Kita tak boleh berjaya dengan berseorangan, TLC membuka jalan untuk mengubah hidup kita"

Video kejayaan yang telah dikecapi oleh ahli TLC
 

Tuesday, June 18, 2013

Jalan-jalan ke Jakarta dan Bandung

Assalammualaikum, dah lama Kak Sue tak update blog ni. Sibuk dengan kerja dipejabat, bisnes dan urusan 
di rumah. 2 minggu lepas Kak Sue pergi berjalan ke Bandung Indonesia. Ini bukan pertama kali Kak Sue kesanarasanyanya lebih dari 3 kali. Bagi yang belum pernah ke Bandung, Kak Sue kongsi cerita sikit. Apa yang menarik tentang Bandung ni adalah cuacanya yang lebih nyaman dan sejuk. Taklah sejuk sangat tapi selesa untuk berjalan-jalan.  Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa 3 jam dengan keadaan trafik biasa. Kita akan melalui lebuhraya yang sama seperti PLUS tetapi jangan terperanjat jika ada kenderaan yang memotong mengikut lorong kecemasan. Sebelum sampai ke bandung kami singgah sebentar di R&R. Anda dinasihatkan jangan minum air sembarangan disini kerana bukannya airnya kotor tapi mungkin kandungan airnya tak sesuai dengan badan kita lagi. Kak Sue tak bohong tapi kalau nak mencuba minum tak dilarang. Digalakkan minum air mineral yang dibeli.

Tanya-tanya harga di Mangga2 Jakarta

Suasana perjalanan adalah menarik dengan dikelilingi bukit bukau. Kak Sue tak nampak sangat sawah padi yang luas seperti di Kedah dan Perlis. Ada, tapi tak seluas yang disangkakan. Mungkin bukan disini ladangnya.Kalau kita perihatin dengan keadaan sekeliling kita boleh lihat rumah-rumah penduduk tidak menggunakan atap zink untuk rumah mereka berbanding keadaan rumah kampung di Malaysia. Majoriti menggunakan atap genting yang berwarna coklat cerah. Mungkin kos untuk atap genting lebih murah kerana bahan galian yang mudah diperolehi. Rasanya ramai penduduk luar bandar mempunyai rumah yang sempurna berbanding dikawasan luar bandar. Walaupun tidak besar tapi lebih sempurna berbanding di Kota Jakarta yang mana jurang antara rumah orang kaya dan miskin memang berbeza. Kalau kita nak cari rumah setinggan kotak seperti kita lihat dalam filem-filem indonesia dulu-dulu memang tak nampak kerana pihak pemerintah telah menempatkan semula mereka dikawasan lain untuk tujuan pembangunan. Tapi suasana padat dengan rumah kecil yang rapat memang boleh dilihat. Kalau nak lihat juga rumah kotak, suami Kak Sue cakap pergi ke India memang jurang lebih menonjol.



Pekan Baru Bandung, pasaraya menjual pakaian muslimum dan muslimah

Di Jakarta masalah pengemis tidaklah ramai tapi masih ada yang berkeliaran terutamanya dikawasan yang jadi tumpuan Mengikut penduduk tempatan yang juga tidak senang melihat keadaan ini, ada antara mereka adalah sindiket yang menggunakan kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya untuk mendapatkan simpati. Anda dinasihatkan jangan memberi cukup sekadar sedekahkan doa agar mereka berubah.

Restoren yang paling cantek bagi Kak Sue, pemandangan dia memang tak leh nak lawan.


Semakin hampir ke Bandung semakin banyak kawasan berbukit. Kita boleh lihat landasan keretapi yang merentasi bukit bukau yang telah dibina oleh penjajah Belanda pada abad yang lepas masih lagi digunakan. Kalau kita biasa tengok cerita koboi dengan jambatan keretapi yang tinggi. Kat sini memang banyak jambatan sebegitu. Tak dapat bayangkan bagaimana mereka membina landasan sebegini. Sudah tentu memerlukan kos dan tenaga kerja yang ramai.

Sebelum balik ke hotel. Makan malam dulu.. Banyak restoren dan kedai makan disini.

Untuk pengetahuan Bandung pernah dirancang oleh pihak Belanda untuk dijadikan ibu negara Indonesia. Sebab itu ada banyak bangunan penjajah yang dibina disini. Mungkin kerana suasana disini yang lebih dingin berbanding Jakarta. Sampai di kota Bandung memang banyak rumah yang cantik dan besar. Mengikut penduduk tempatan rumah-rumah lama ini adalah hasil peninggalan penjajah Belanda yang sekarang dimiliki oleh golongan kaya, ahli politik dan pegawai kerajaan. Majoritinya pemilih harta mewah adalah dari kaum peniaga keturunan cina Indonesia. Ada juga rumah-rumah ini telah diubahsuai menjadi gedung perniagaan dan restoren. Antaranya seperti Factory Outlet Rumah Mode.

Hotel tempat kami tinggal. Ruang legar sedang diubahsuai. Yang penting Internet free.

Apa yang menarik dibandung?. Dari segi tempat menarik ada beberapa tempat seperti kawah gunung berapi Tengkuban Perahu, kawasan air terjun panas, ladang teh dan ladang tomato. Kebanyakkan ladang-ladang disini adalah milik kerajaan dan hasilnya akan diberi samarata mengikut nisbah tertentu kepada petani. Kalau kita nakkan pemandangan yang cantik dan nyaman, Bandung antara tempat yang boleh kita lawati.

Kawah gunung berapi Tengkuban Perahu. Tempat wajib dilawati.

Jangan terperanjat jika kemana saja kita pergi di Bandung akan ada orang menjual barang-barang mengikut kita. Mereka boleh kenal antara pelancong dan orang tempatan. Anda pilihlah yang terbaik dan kalau tak berminat bagi tahu dengan cara elok. Mereka tidak menggangu kita cuma kita tidak selesa sentiada diikuti.

Pemandangan yang cantik dari atas gunung. Ada masjid diatas sini.

Kawasan air terjun yang memang panas airnya lebih kurang 50 darjah celcius
Dari segi pakaian memang terdapat banyak outlet dan pasaraya disini. Kawasannya tidak setempat dan merata-rata. Tanya penduduk tempatan jika ingin membeli belah. Hati-hati kerana Factory Outlet bukan bermaksud semuanya original kena pandai memilih tempat. Bagi Kak Sue kalau nak beli pakaian branded ni baiklah beli kat Malaysia lebih terjamin keasliannya sebab kita tahu.

Factory Outlet Rumah Mode, gedung pakaian dan beg kulit

Tempat yang paling famous bagi orang Malaysia adalah di Pekan Baru, Bandung. Kawasan ini macam jalan Tengku Abdul Rahman yang menjual pakaian untuk muslimim dan muslimah. Cuma disini peniaga ditempatkan didalam satu shopping komleks, mudah uttuk kita mencari barang pada satu kawasan. Bagi orang biasa yang tak pentingkan jenama, memang tmpat ini menjadi pilihan dan wajib untuk dilawati. Harga memang boleh dirunding. Kak Sue tak plan beli apa pun disini cuma sekadar melihat-lihat apa yang menarik saja. Hati-hati dengan penyeluk saku disini Sebelum balik bolehlah kita membeli kek dari kedai yang cukup terkenal iaitu Kartikasari untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Singgah di Kartikasari sebelum pulang ke Malaysia
.
Akhir sekali pendapat Kak Sue,  Bandung amat sesuai sebagai tempat untuk berehat dan menikmati keindahan alam. Kalau setakat nak bershopping disini rasanya lagi elok kita bershopping di KL Mungkin ada barangan tertentu yang tidak ada di KL bolehlah kita beli disini.

Jalan-jalan ke Jakarta dan Bandung

Assalammualaikum, dah lama Kak Sue tak update blog ni. Sibuk dengan kerja dipejabat, bisnes dan urusan 
di rumah. 2 minggu lepas Kak Sue pergi berjalan ke Bandung Indonesia. Ini bukan pertama kali Kak Sue kesanarasanyanya lebih dari 3 kali. Bagi yang belum pernah ke Bandung, Kak Sue kongsi cerita sikit. Apa yang menarik tentang Bandung ni adalah cuacanya yang lebih nyaman dan sejuk. Taklah sejuk sangat tapi selesa untuk berjalan-jalan.  Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa 3 jam dengan keadaan trafik biasa. Kita akan melalui lebuhraya yang sama seperti PLUS tetapi jangan terperanjat jika ada kenderaan yang memotong mengikut lorong kecemasan. Sebelum sampai ke bandung kami singgah sebentar di R&R. Anda dinasihatkan jangan minum air sembarangan disini kerana bukannya airnya kotor tapi mungkin kandungan airnya tak sesuai dengan badan kita lagi. Kak Sue tak bohong tapi kalau nak mencuba minum tak dilarang. Digalakkan minum air mineral yang dibeli.

Tanya-tanya harga di Mangga2 Jakarta

Suasana perjalanan adalah menarik dengan dikelilingi bukit bukau. Kak Sue tak nampak sangat sawah padi yang luas seperti di Kedah dan Perlis. Ada, tapi tak seluas yang disangkakan. Mungkin bukan disini ladangnya.Kalau kita perihatin dengan keadaan sekeliling kita boleh lihat rumah-rumah penduduk tidak menggunakan atap zink untuk rumah mereka berbanding keadaan rumah kampung di Malaysia. Majoriti menggunakan atap genting yang berwarna coklat cerah. Mungkin kos untuk atap genting lebih murah kerana bahan galian yang mudah diperolehi. Rasanya ramai penduduk luar bandar mempunyai rumah yang sempurna berbanding dikawasan luar bandar. Walaupun tidak besar tapi lebih sempurna berbanding di Kota Jakarta yang mana jurang antara rumah orang kaya dan miskin memang berbeza. Kalau kita nak cari rumah setinggan kotak seperti kita lihat dalam filem-filem indonesia dulu-dulu memang tak nampak kerana pihak pemerintah telah menempatkan semula mereka dikawasan lain untuk tujuan pembangunan. Tapi suasana padat dengan rumah kecil yang rapat memang boleh dilihat. Kalau nak lihat juga rumah kotak, suami Kak Sue cakap pergi ke India memang jurang lebih menonjol.

Thursday, May 30, 2013

Macaman nak login kalau lupa password WordPress

Senang saja nak dapatkan login balik kalau lupa password. Yang penting anda kena tahu email yang anda gunakan masa register WordPress. Wordpress akan beri password yang baru dan anda perlu ubah password kepada yang biasa anda gunakan. Pastikan anda ingat password.

Penting: Kalau tak ingat email yang digunakan memang tak boleh nak tolong terpaksa uninstall WordPress pada web hosting anda.

Langkah 1: Pergi kepada Login screen blog WordPress anda dan klick link "Lost your password?"

WordPress Login screen ada link "Lost your password?" untuk dapatkan password baru

Langkah 2: Masukkan email anda atau username dan klik button "Get New Password". Sistem akan hantar email yang baru kepada email yang anda daftarkan semasa buka akaun WordPress. Cek email tersebut untuk dapatkan login id dan email yang baru.


Dapatkan password baru dengan klik "Get New Password".

Mudah saja. Sekian... Prennnnggggggggggggggggggg....

--Mat Rempit--

Bagaimana nak post artikel pada Wordpress untuk beginner

Bagi yang latarbelakang IT memang mudah sangat tapi bukan semua orang tahu. Berikut adalah langkah-langkah untuk post blog dengan menggunak Wordpress.

Andaian:
  1. Anda telah ada blog yang menggunakan WordPress
  2. Anda adalah seorang BEGINNER yang tidak tahu langsung pasal blog. 
Langkah 1: Login kedalam WordPress

Login skrin WordPress

Langkah 2: Selepas anda login sila pilih menu "Post" dan pilih sub menu "Add New" seperti dalam paparan dibawah.

Menu utama WordPress


Langkah 3: Karang post yang anda mahu seperti dalam contoh paparan dibawah. Tajuk dan kandungan adalah bergantung kepada anda.

Membuat post pada WordPress

Sila ambil perhatian pada bulatan merah diatas:
Save Draft - Maknanya post anda akan disimpan dan pengguna belum boleh melihat post anda.
Preview - Adalah untuk melihat paparan blog anda sebelum anda publish
Publish - Anda telah bersedia dan berpuashati dan sedia untuk berkongsi dengan pengguna yang lain.

Ada banyak option yang boleh dipilih oleh anda:
Publish options
Status
Draft anda boleh tukarkan kepada "Draft" atau "Pending Review". Biarkan saja pada "Draft" kerana hanya anda saja yang akan publish post anda, tidak perlu ada review dari orang lain

Visibility.
Public - Post anda boleh dibaca oleh semua orang
Password protected - Post anda hanya boleh dibaca jika pengguna ada password tersebut
Private - Hanya anda saja boleh membaca post tersebut

Format Options
Format
Untuk permulaan biarkan post anda kepada "Standard"

Categeries Options
Categories
Tujuan kategori ini adalah untuk memudahkan anda membuat kumpulan nanti bila terdapat banyak post selepas ini. Anda boleh tambah kategori anda sendiri dengan menekan button "Add New Categroy". Setaip post anda boleh dipaparkan mengikut kumpulan tertentu. Kategori ni juga penting untuk memudahkan Search Engine Optimization (SEO) menyenaraikan blog anda.

Tags and Featured Image Option
Tags
Tag ini penting untuk memudahkan blog anda diindex oleh Search Engine Optimization (SEO) macam google, yahoo dan lain-lain search engine yang ada. Anda perlu letakkan Tag yang betul. Paling mudah anda letakkan Tag yang berkenaan dengan produk atau servis yang ditawarakan. Contohnya kalau anda jual barang letakkan "Premium Beautiful", "BB Plus", "Bio Velovity" dan lain lain lagi. Benda ni kita tak nampak kesannya secara fizikal. Tapi ianya penting untuk senaraikan blog anda untuk dicapai oleh orang luar. Nak cerita lebih lanjut lagi rasanya takut anda tak faham. Letakkan saja seperti yang saya cadang tadi. 

Feautured Image
Tak perlu ubah apa-apa

Ok setakat disini dulu. Harap dapat membantu bagi mereka yang memerlukan.

--Mat Rempit--


Bagaimana nak post artikel pada Wordpress untuk beginner

Bagi yang latarbelakang IT memang mudah sangat tapi bukan semua orang tahu. Berikut adalah langkah-langkah untuk post blog dengan menggunak Wordpress.

Andaian:
  1. Anda telah ada blog yang menggunakan WordPress
  2. Anda adalah seorang BEGINNER yang tidak tahu langsung pasal blog. 
Langkah 1: Login kedalam WordPress

Login skrin WordPress

Langkah 2: Selepas anda login sila pilih menu "Post" dan pilih sub menu "Add New" seperti dalam paparan dibawah.

Menu utama WordPress

Monday, May 20, 2013

Apa itu domain name dalam bahasa mudah

Kak Sue minta Mat Rempit untuk terang secara bahasa mudah apa itu domain name. Kepada yang tak tahu pasal teknikal. Dibawah adalah penerangan beliau secara bahasa mudah dan bukan teknikal.

Paling mudah untuk terangkan domain name secara mudah adalah contohnya jika seseorang ingin menulis apa-apa surat kepada anda,  mereka perlu tahu "Nama" dan "Alamat" anda. "Nama" boleh disamakan dengan "domain name" dan "Alamat" adalah "tempat dimana anda membuat blog".
Gambarajah pemetaan domain name kepada server blog

Keterangan Gambarajah
Kawasan No 1, dalam gambarajah, pengguna membuka browser dan taip "http://www.premium-beautiful.com" dan menekan Enter.

Kawasan No 2, dalam gambarajah, sistem internet akan mencari "Nama" tersebut iaitu "http://www.premium-beautiful.com" didalam server dan bila ia kenal "Nama" tersebut, sistem internet akan pergi ke lokasi "Alamat" tersebut iaitu pada kawasan no 3 dengan alamat IP Address: 74.125.135.132.

Kawasan No 3, blog yang berada di kawasan no 3 akan dipaparkan pada pengguna di kawasan no 1. Pengguna tidak akan nampak alamat IP Address bernombor tetapi telah ditukarkan kepada name "http://www.premium-beautiful.com" 

Harap semua faham dengan penjelasan ringkas ini.

Terima Kasih....
Prengggggggggggg.......................

Friday, May 17, 2013

Jommmm kita UBAH lah, jika banyak alasan LAIN KALI lah

Kalau gaji kita sekarang RM 2000 kita UBAH lah jadi RM 4000,
Kalau kerja makan gaji kita UBAH lah kerja sendiri,
Kalau sekarang mengharap bonus setahun sekali kita UBAH lah dapatkan bonus sebulan sekali,
Kalau pandu kereta bayar sendiri UBAH lah BMW yang dibiayai,
Kalau dulu melancong 5 tahun sekali kita UBAH lah setahun 3 kali,
Kalau semua  DIATAS yang kita cari, PM Kak Sue ini hari,
Kalau alasan yang banyak diberi LAIN KALI lah Kak Sue bicara lagi...

Sebelum kita UBAH yang lain kita UBAH lah diri kita sendiri

Semoga kata semangat ini dapa mengubah kehidupan kita pada masa akan datang. InsyaAllah.

Macaman nak buka tutup botol dengan mudah

Kak Sue nak share satu tips mudah tapi bukan semua orang tahu. Macamana nak buka penutup botol yang susah nak dibuka. Kak Sue pun tak tahu tapi suami yang ajar. Caranya mudah, lilitkan tutup botol dengan getah gelang dan pulas insyaAllah dengan sedikit tenaga saja dah terbuka. Bukan saja botol air semua botol yang ada penutup putaran boleh digunakan dengan cara ini.

Tutup botol yang telah dililit dengan getah akan menambahkan daya geseran

Mudah sajakan, selamat mencuba.

Monday, May 13, 2013

Kos dan bagaimana nak tukar domain name "abcd.blogspot.com" kepada domain sendiri "www.abcd.com"

Ramai yang tanya Kak Sue bagaimana dan berapa kosnya. Ada juga yang laingsung tak faham apa itu domain name. Maklumlah majoriti dari kita bukan berlatar belakangkan IT dan tak tahu apa yang perlu dibuat. Di sini adalah sedikit penerangan mengenai pekara diatas

Anda puas hati dengan alamat domain name/URL/Blog anda sekarang?
Soalan pertama yang perlu dijawab adalah. Adakah anda puashati dengan alamat page perniagaan anda? Contohnya "suzanamohdramli.blogspot.com". Domain "suzanamohdramli.blogspot.com" sebenarnya adalah berasal dari akar domain "www.blogspot.com" dan "suzanamohdramli.blogspot.com" adalah sub domain kepada "www.blogspot.com.   Jika anda puashati dan tak kisah tentang alamat tersebut. Anda boleh abaikan untuk membaca seterusnya.

Kalau anda nak alamat URL yang lebih peribadi dan berkait dengan anda atau perniagaan. Anda perlu membeli domain name anda sendiri. Contohnya anda boleh beli "www.maribuatbisnes.com" atau apa-apa nama dengan syarat alamat tersebut mestilah belum lagi digunakan oleh orang lain.

Kenapa perlu tukar domain name sendiri?
  • Nampak anda lebih serius dalam perniagaan atau aktiviti
  • Orang senang kenal dan ingat anda
  • Menunjukkan imej anda dan branding
  • Kepercayaan pembaca meningkat sebab anda lebih serius
  • Sesetengah search engine tidak akan list dalam senarai bagi web site yang percuma
  • Sesetengah search engine akan hanya index muka pertama domain
  • Domain main yang mempunyai keyword yang dicari pengguna akan meningkatkan ranking anda
  • Domain name boleh ditempah dan disimpan. Tahukan anda setiap 5 saat satu domain name akan didaftar. Dijangkan pada masa akan datang nama domain name yang mesra dan mudah akan kehabisan.
  • Elakkan orang lain dari menggunakan domain name anda
Macam mana nak pilih domain name?
  • Kalau boleh biarlah ringkas dan pendek. 
  • Senang diingati
  • Jangan menyerupai domain name yang lain
  • Hendalkah berkaitan dengan apa yang anda lakukan
Berapa kosnya?
Kalau anda gunakan servis provider godaddy.com untuk daftar domain name anda kosnya adalah sekitar $14 atau lebih kurang RM 42 setahun. Taklah mahal sangat jika anda serius hendak buat perniagaan.

Nota: Harga adalah berbeza dari service provider yang lain. Terdapat banyak service provider yang menawarkan servis domain name. Anda boleh pilih mana yang anda suka berdasarkan harga dan khidmat tambahan yang diberikan. Cuma dalam contoh disini saya menggunakan www.godaddy.com.

Apa yang perlu dibeli?
Guna credit card saja. Dan nama domain anda terus didaftar
Berikut adalah senario apa yang anda perlu beli.
  1. Saya SUDAH ada blog/website sendiri iaitu "abcd.blogspot.com" dan ingin menukar domain name kepada nama saya "www.abcd.com". Apa yang perlu saya beli?. Jawapan: Anda hanya perlu beli DOMAIN NAME SAHAJA.
  2. Saya BELUM ada blog sendiri dan ingin membeli domain name. Apa perlu saya beli?. Jawapan: Anda ada 2 cara. 1. Anda boleh buka akaun percuma blog di www.blogspot.com dan hanya perlu beli DOMAIN NAME SAHAJA. 2. Anda boleh beli DOMAIN NAME DAN WEB HOSTING dimana WEB HOSTING adalah khidmat dimana website perniagaan anda akan diletakkan. Perhatian!!!! untuk WEB HOSTING anda perlu tahu membuat website dan melakukan konfigurasi. Tidak digalakkan jika anda tidak tahu langsung mengenai web site.
Yang mana lebih mudah?
Cara no 1. Iaitu anda buka akaun percuma blog dan beli domain name. Hanya perlu buat sedikit konfigurasi saja pada domain name provider. Contoh disini adalah menggunakan godaddy.com. Anda perlu cari maklumat lain jika anda menggunakan service provider lain kerana caranya berbeza,.

Macamana nak beli domain name?
  1. Browse www.godaddy.com. Dan taip domain name yang anda mahu beli. Contoh dibawah adalah "sayasukabuatblog.com" dan klik search.
     
  2. Jika domain name anda masih ada dan belum dibeli oleh sesiapa. Page dibawah dipaparkan.
  3. Klik Add untuk beli domain name yang anda masukkan. Klik "Continue to Checkout". Skrin dibawah akan dipaparkan. 
  4. Abaikan "Private Domain Registration". Ini adalah servis untuk rahsiakan maklumat peribadi anda. Jika pengguna cari maklumat tuan punya domain, ia akan dirahsiakan,
  5. Abaikan "Certified Domain with Website Seal". Ini adalah servis untuk menigkat kebolehpercayaan pengguna kepada website anda. Servis ini tidak perlu kerana data tak kritikat. Hanya website seperti syarikat keewangan dan penting saja perlukan. Klik "Continue skri dibawah akan dipaparkan. 
  6. Abaikan "Web Hosting" dan "Website Builder + Hosting". Ini hanya digunakan jika anda ingin membina website anda sendiri. Tidak digalakkan jika anda tidak tahu mengenai website.
  7. Abaikan "Business Class Email". Ini jika anda ingin menggunakan email mengikut nama domain anda Klik "Continue". Skrin dibawah akan dipaparkan..
  8. Go daddy.com akan menetapkan bayaran untuk 5 tahun secara default yang berjumlah $72.95. Tukarkan kepada satu tahun pada "term" dan skrin dibawah akan dipaparkan dan harga bertukar kepada $13.17.
  9. Klik "Checkout" untuk urusan pembayaran. Skrin dibawah akan dipaparkan.
  10. Masukkan semua butiran peribadi anda, maklumat pembayaran dan lain-lain yang diperlukan. Klik "Place Your Order". Jika tidak ada masalah, domaian name akan berjaya dibeli.

Lepas beli domain name ni kena buat apa?
Ini yang ramai tanya sebab ramai yang tidak ada masalah untuk membeli tapi apa yang kena buat selepas itu menjadi tanda tanya. Ya anda perlu lakukan konfigurasi untuk domain name aktif dan pergi kepada website/blog anda. Tidak susah tapi ramai yang takut dan tidak faham kesannya.Paling mudah anda minta pertolongan dari mereka yang teknikal dan faham atau anda boleh ikuti caranya disini.
Perlu diingatkan konfiigurasi adalah berbeza bagi setiap service provider. Contoh dibawah adalah konfigurasi yang perlu dilakukan jika menggunakan godaddy.com saja.
Ada 2 langkah yang perlu dilakukan

  1. Tambah custom domain name pada blog anda
  2. Tambah CNAME rekod pada godaddy.com

Langkah 1: Tambah custom domain name pada blog anda


  1. Go to your BlogSpot blog’s basic settings page, Dashboard > Settings > Basic
  2. Click on Add a custom domain > Switch to advanced settings
  3. Enter your domain (e.g.  www.example.com) in the box under Advanced settings
  4. Click on Save. Don’t worry about the massage “We have not been able to verify your authority to this domain. Error 5”  - We gonna fix out it.
  5. Look just below to the error massage; you will see some necessary code provided by Google. Copy and Save the marked code snippets as shown in the screenshot below. It will be required on the next.
  6. Note: This code provided by Google is to verify your Domain Authority. You have to create two CNAME record on your domain’s DNS settings with these code. One cName code is for hosting and the long one is for verifying authority.

Langkah 2: Tambah CNAME rekod pada godaddy.com

  1. Log in to your Godaddy account.
  2. Open All product tab and from Domain sub-tab select Domain Management. It will reach you to the Domain Manager page.
  3. Click on your desire domain name. A new page of domain managing will come.
  4. In that page, scroll down and click on Launch link under DNS Manager section 
  5. Add a CNAME Record by clicking Quick Add button under CNAME (Alias) section, with the detail ...... Host: www Points to: ghs.google.com  [Note: If there is already a CNAME Record with www as Host, first delete it then add yours.]
  6. Create another CNAME Record with the details you saved in (step-1:5)
  7. After that, click on Save Zone file > Ok
  8. Note: You may notice that there is few CNAME Records created already, these are generated by Godaddy as default. You can delete theme all if you don’t need as because we’re pointing this domain at Google Hosting server (ghs.google.com)
 Now go back to the blogger settings page[…]

  1. Click on Save
  2. After successfully saved click
  3. Check on Redirect example.com to www.example.com on Edit again.
  4. Save
One last note: After completing all the steps successfully, if you see “404 error” while previewing your new added domain. Don’t worry; these changes may take 1-48 hours to take effect
    If you find this helpful don’t forget to share with others. And if you face any difficulties or you thing I have missed anything don’t hesitate to let me know in comment.

    Kak Sue harap dengan panduan diatas dapat membantu anda membeli domain name anda sendiri. Jika anda perlukan bantuan PM Kak Sue. Kak Sue sedia membantu.

    Terima Kasih Mat Rempit dengan artikel yang diberi.