Showing posts with label Diri Saya. Show all posts
Showing posts with label Diri Saya. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Agak lama juga Kak Sue tak update blog ni. Sibuk dengan tugas dan kerja harian. Masih belum terlambat lagi untuk Kak Sue ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca. Kalau ada salah dan silap maaf dipinta dan sudi-sudikanlah datang kerumah Kak Sue nanti.

Kak Sue bersama mentua di Johor

Sempat berposing depan bunga


Pada bulan puasa yang lepas memang Kak Sue banyak temujanji yang dijalankan pada waktu malam selepas solat terrawih. Hinggakan malam sebelum raya pun Kak Sue masih lagi menghantar barangan kepada pelanggan. Kadang-kadang terpaksa berbuka di kedai bersama anak-anak.

Inilah keseluruhan keluarga dan anak-anak belah mentua

Kak Fifie pun sibuk nak berposing

Raya tahun ni Kak Sue beraya di Johor bersama keluarga mentua. Pergi beraya kerumah sanak saudara mentua. Yang bestnya raya tahun ni di Johor, kawan-kawan dari group TLC datang beraya di Johor. Terima kasih kepada Ismalina dan Hani Erlisya bersusah payah datang bersama-sama suami masing-masing. Tak lupa juga terima kasih kepada tuan rumah, Juliana yang juga ahli TLC yang bersuah payah sediakan makanan.

Isma dan Hani bersama suami dan anak-anak beraya di rumah mentua Kak Sue

Terima kasih kerana sudi datang.

Harap-harap tuhan akan membuka rezeki yang lebih lagi semoga apa yang ingin dicapai akan dipermudahkan. InsyAllah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Agak lama juga Kak Sue tak update blog ni. Sibuk dengan tugas dan kerja harian. Masih belum terlambat lagi untuk Kak Sue ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca. Kalau ada salah dan silap maaf dipinta dan sudi-sudikanlah datang kerumah Kak Sue nanti.

Kak Sue bersama mentua di Johor

Sempat berposing depan bunga

Wednesday, January 16, 2013

Keewangan dan Perceraian adakah ia berkaitan?

Kak Sue ada terbaca satu artikel dalam suratkhabar tempatan. Hampir 20% perceraian berlaku dalam tempoh 5 tahun berkahwin. Antara puncanya adalah masalah keewangan. Dengan kos sara hidup dan bilangan ahli keluarga yang bertambah, kebanyakkan golongan muda yang tidak bersedia menghadapi masalah ini. Pertengkaran antara pasangan tidak dapat dielakkan bukan kerana pasangan mementingkan wang dan ringgit tetapi keadaan sekeliling memaksa wang diperlukan untuk menyara hidup. Tak kena rasanya kalau pada masa kini hanya dengan cinta pasangan boleh bahagia melainkan kita dari golongan orang yang dah kaya atau duduk dikawasan yang tidak perlukan sumber-sumber asas. Bil elektrik, air, Astro, barang dapur, rumah sewa, kad kredit dan lain-lain menjadi  pekara asas yang wajib ada pada masa sekarang. Bukan nak cakap cinta tak penting tapi cinta perlu sebagai asas kepercayaan untuk kita sama-sama harungi masalah bersama.
Artikel mengenai trend bercerai dikalangan pasangan muda

Walaupun Kak Sue baru 18 tahun berkeluarga rasanya tak salah Kak Sue kongsi sedikit tips bagi pasangan muda untuk kekalkan hubungan:

  • Sabar, jangan melenting bila sebelah pihak marah. Diam bukan bererti kalah tapi tanda sayang dengan pasangan. Tunggu suasana tenang dan baru berbicara. Majoriti dari kita tak akan rasional bila marah.
  • Komunikasi harian adalah penting. Jangan biarkan pasangan kita tertanya-tanya. Ceritakan masalah bersama dan cari jalan penyelesaian.
  • Jangan lepaskan kemarahan didepan anak-anak, cari tempat yang sesuai untuk bersoal jawab.
  • Kerapkan berjalan bersama-sama. Bersiar naik kereta atau motor.
  • Buat sesuatu dengan ikhlas, jangan menyindir pasangan. Kalau nak minta tolong carilah cara yang sesuai dengan bergurau.
  • Jangan memberi kata dua atau kenyataan menyalahkan kepada pasangan yang boleh membawa kepada pertengkaran. Contohnya "Tak nak masak ker!!!!", "Pening kepala saya tengok rumah sepah!!!", "Nak kemas ker, tak nak kemas ni", "Bila nak bayar bil ni!!!"
  • Hormat pasangan walaupun dalam keadaan marah. Sejukkan hati dulu dan tegur semula secara beradab.
  • Elakkan kata-kata yang boleh menambah lagi kemarahan.
  • Peluk pasangan anda bila sidia marah.
  • Jangan sesekali sekat hubungan dan aktiviti pasangan dengan kawan-kawannya. Bawa berbincang jika tidak setuju. Hidup bukannya untuk kita berdua saja tapi kena ada kawan juga.
Apa yang Kak Sue nak tegaskan disini adalah, keewangan bukanlah faktor utama dalam kebahagian rumah tangga tapi adalah keperluan WAJIB yang perlu ada pada setiap keluarga pada masa kini. Jadi sama-samalah kita fikirkan dimana kita dan bagaimana kita nak mencarinya.

Kunjungi Facebook Kak Sue di http://www.facebook.com/suzana.mohdramli

Tuesday, June 5, 2012

Pengenalan diri dan impian

Gambar kami sekeluarga semasa sambutan perayaan Aidil Fitri 2011

Assalammualaikum pada semua rakan dan pembaca yang budiman. Terima kasih kerana sudi berada di sini dan untuk pengetahuan ini adalah post pertama saya. Saya kurang arif pasal IT kerana bekerja dalam bidang keewangan dan suami membantu saya dalam penyediaan blog ini. Kami telah berkahwin sejak 1994 dan telah dikurniakan dengan 3 cahaya mata. Sofea Mardina 16 tahun, Nur Balqis 11 tahun dan Haikal Firdaus 9 tahun. Sepanjang hidup bersama telah banyak kami lalui dan seperti pasangan suami isteri lain hidup kami seperti mereka semua. Ada pasang surutnya dan berkat kesabaran dan kesungguhan, kami masih lagi bersama dan harap bahagia hendaknya sehingga akhir hayat. Tujuan saya membina blog ini adalah ingin berkongsi pengalaman dalam pembentukan penampilan yang lebih baik dan menjaga kesihatan.

 Gambar bersama suami pada tahun 1994

Menjadi impian setiap wanita untuk memilik wajah dan penampilan yang sempurna. Tidak semua dari kita yang memiliki apa yang diimpikan oleh setiap wanita. Faktor menerima apa yang telah dikurniakan olehnya dan berserah saja apa yang akan dilalui menjadi pegangan saya dan mungkin majoriti dari kita. Penampilan yang sempurna tidak mungkin dapat dicapai kerana yang sempurna adalah Allah swt. Tetapi tidak menjadi kesalahan jika kita menghiaskan diri berlandaskan apa yang dibenarkan olehnya.

Kecantikan dan penampilan kurang diambil berat, lebih-lebih lagi bila faktor usia yang semakin meningkat. Ia dipandang remeh dan tidak perlu. Kita akan fikir lebih baik tumpukan pada amal ibadat sebagai persediaan sebelum bertemu denganNya. Jika difikirkan memang betul tetapi adalah menjadi kewajipan kita menjaga penampilan disamping akhlak yang baik dan Allah juga sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Bukan saja untuk diri kita, tetapi untuk pasangan dan kesihatan kita. Tetapi apa yang hendak kita lakukan semestinya berlandaskan hukum syarak dan diterima oleh Allah.

Kelakar juga pada usia sebegini timbul kesedaran untuk memperbaiki penampilan. Bukan untuk menunjuk pada orang lain tapi untuk diri, keluarga dan suami yang tercinta. Terima kasih pada suami yang memberikan galakan dan sokongan untuk memperbaiki diri dan penampilan supaya menjadi lebih baik. Bukan itu saja malah boleh menambahkan pendapatan sekeluarga.

Saya telah pun memulakannya dan  akan berkongsi pengalaman dengan anda semua bagaimana ianya bermula dan hasilnya nanti. Insyallah semoga apa yang saya lakukan akan diberkati dan diterima olehNya sebagai satu ibadah.