Tuesday, October 29, 2013

Dr.Irfan Khari cakap 3 pekara utama dalam sosial media tapi Kak Sue dapat 5 pekara penting.

Pada 06/10/2013 yang lepas, bertempat di De-Palma Hotel Ampang, Kak Sue menghadiri seminar sosial media dalam perniagaan internet. Ada 2 sesi pada seminar tersebut. Yang pertama CDM Azlan dan sesi kedua Dr.Irfan Khairi. Memang kedua-dua sesi tersebut memberikan tips dan tunjuk ajar yang berguna.

CDM Azlan bergaya bersama keretanya. Siapa yang tak nak kereta macam tu?

CDM Salha selaku MC yang bertanggunjawab memgelola seminar telah memberikan kata-kata yang bersemangat kepada yang hadir. Antara kata-kata CDM Salha, "Nak berjaya kena ada mentor". Betul, kalau kita tidak ada mentor bukan senang untuk berjaya. Kena belajar dari mentor, kerana mereka telah berjaya melaluinya dan telah berada dipuncak. Minta pendapat dan panduan supaya kita juga boleh mengikut jejak mereka. CDM Salha juga menekan bahawa kejayaan tidak dapat dicapai dan terbatas hanya kerana atas sikap kita sendiri. Kita yang membataskan pencapaian. Orang melayu jangan malu-malu untuk bersuara dan berusaha kerana kita adalaha majoriti dan mampu melakukannya. Kita mesti buang perspektik bahawa orang melayu hanya bangsa yang pandai membeli saja tetapi tak pandai berniaga.

Kak Sue mengaku tak dapat tangkap semua maklumat yang telah disampaikan terutamanya pada sesi Dr.Irfan Khairi. Ada sesetengah terma yang digunakan asing dan tak faham. Oleh itu Kak Sue minta suami cuba rumuskan apa yang telah disampaikan oleh beliau kerana beliau berlatar belakangkan IT, lebih memahami apa yang Dr.Irfan Khairi sampaikan. Berikut adalah rumusan dari beliau mengenai kedua-dua penyampai CDM Azlan dan Dr.Irfan Khairi.

Nak bergambar dengan Dr.Irfan Khairi dari dekat ramai. Ambik dari jauh saja.

Rumusan dari suami Kak Sue,

Pada seminar yang lepas memang banyak tips dan panduan yang telah disampaikan. CDM Azlan menekankan bahawa, dalam perniagaan, penjualan adalah paling utama. Penjualan boleh dihasilkan secara individu ataupun berkumpulan melalui rangkaian yang telah dibina. Untuk berjaya semua yang berada dalam rangkaian perlu melakukan penjualan. Untuk menjadi ketua yang berjaya kita perlu menjadi contoh untuk menjana jualan. Jika kita sendiri tidak mampu untuk menjual bagaimana pula mereka yang berada dibawah rangkaian kita. Kita tak boleh nak bagi motivasi pada rakan kongsi dan akhirnya semuanya akan berputus asa. Ketua perlu pastikan ia mampu menjana jualan supaya menjadi ikutan rakan perniagaan yang lain.

CDM Azlan menekankan perlua ada rangka dan rancangan untuk diri sendiri dan kumpulan. Ketua harus membahagikan masa untuk diri sendiri dan juga kumpulan untuk menjana jualan yang dikehendaki. CDM Azlan mengatakan bahawa "Langkah 1000 bermula dari langkah 1". Kalau langkah 1-10 pun kita tak boleh nak susun dengan betul, bagaimana nak sambung langkah seterusnya. Jangan harapkan leader saja tahu produk yang nak dipasarkan. Rakan perniagaan yang dibawahnya juga perlu faham setiap produk yang dipasarkan dan mahir tentang produk dan pengiraan keuntungan. Ia adalah pekara yang asas sebelum mampu untuk pergi keperingkat yang seterusnya.

Penjualan bukan saja secara tradisional, kombinasi offline dan online juga penting. Kita perlua ada matlamat jangka pendek dan panjang. Untuk jangka pendek contohnya. 
  1. Nak naik haji gunakan pakej mahal
  2. Nak capai SSM secepat yang mungkin
  3. Nak menjana pendapatan kepada 4 angka
  4. Nak menabung lebih
Itu adalah antara pekara yang boleh meningkatkan lagi semangat untuk kita berusaha.

Untuk matlamat jangka panjang pula contohnya
  1. Mempunyai ahli kumpulan yang berpendapatan 5 angka
  2. Nak capai CDM dalam masa terdekat
  3. Nak memiliki rumah yang selesa
  4. Mempunyai simpanan penuh dalam ASB
Bersama CDM Salha yang menjadi MC pada seminar.

CDM Azalan juga menekankan tentang kepentingan 3S (Selling, Sponsoring, Service) sebagai usahawan.
Selling bermakna kita perlu menjana penjualan, Sponsoring bermakna kita perlu melatih ahli kumpulan baru dan mengekalkan yang lama. Service iaitu khidmat yang kita berikan kepada ahli kumpulan dan pelanggan yang membeli produk.

CDM Azlan menasihatkan supaya jangan menjana pendapatan pada saat-saat akhir untuk kenaikan pangkat atau bonus kerana ia lebih bersifat jangka pendek dan tidak sihat untuk diri sendiri dan kumpulan. Sepatutnya sebagai ketua kita telah ada rancangan yang tersusun dan tidak tertekan.

Sebagai penutup CDM Azlan menekankan bahawa untuk menjadi usahawan yang berjaya, ketua harus memberikan contoh yang terbaik kepada rakan perniagaan kerana sikap ketua yang negatif akan memberi kesan kepada yang lain. Optimis dan senstiasa peka untuk mencari jalan keluar dari permasalahan yang dihadapi.

Pada sesi Dr.Irfan Khairi, pada permulaan mengenai Internet Search Engine beliau menyampaikan tentang maklumat yang paling dicari dan popular iaitu produk kesihatan. Bagaimana Google tahu mengenai maklumat popular ini. Secara mudah setiap perkataan yang kita masukkan dan cari menggunakan "Google" search page akan direkodakan kedalam sistem. Setelah dianalisa oleh sistem dalaman, perkataan yang dikategorikan sebagai kesihatan adalah kata pencarian yang paling polular dan mendapat rangking yang tinggi. Jadi apa kegunaanya pada kita?. Bila kita tahu apa yang dicari oleh pengguna, kita boleh target apa yang nak dipasarkan. Contohnya kalau kita tahu barangan kesihatan adalah popular. Jadi kita boleh fokus pada perkhidmatan dan produk kesihatan tersebut. Kalau orang biasa, mereka hanya tahu "Google" saja. Apa yang Dr.Irfan Khairi sampaikan bukanlah mengenai bagaimana nak cari maklumat menggunakan "Google" tetapi bagaimana nak menggunakan maklumat yang diberikan oleh "Google" untuk perancangan produk dan perkhidmatan yang mahu diberikan kepada mereka yang mencarinya.

Mengikut Dr.Irfan Khairi dalam majalah industri antarabangsa, 3 industri yang paling penting adalah:
  1. Kesihatan
  2. Keewangan
  3. Lifestyle
Pekara yang paling penting Dr.Irfan Khairi sampaikan adalah matlamat atau objecktif kita dalam perniagaan. Beliau menyarankan supaya kita fokus dan cuba capai matlamat yang lebih kecil sebelum mencapai matlamat yang lebih besar. Contohnya kalau dalam sepuluh tahun kita nak kumpul pendapatan sebanyak 10 juta. Jangan teruskan capai 10 juta tapi kecilkan matlamat kepada pendapatan 1 juta setahun supaya kita lebih fokus dan mudah dicapai. Kita boleh merancang kembali matlamat yang besar jika matlamat awal tidak dapat dicapai dalam masa terdekat  Ianya lebih mudah dari terus mencapai matlamat yang tinggi.

Sebenarnya ada banyak cara untuk mencapai matlamat diatas. Dalam konteks seminar ini, Dr.Irfan Khairi menekankan bagaimana peranan sosial media dapat membantu mencapainya. Menurut Dr.Irfan Khairi, untuk melaksanakan objektif tersebut melalui media sosial, kita perlu tahu 3 pekara utama:
  1. Website - Untuk menjual dan info produk. Maklumat produk yang statik dan jarang berubah.
  2. Blog - Untuk memropmosikan produk dan perhidmatan secara berterusan
  3. Facebook - Untuk membina hubungan dengan bakal pembeli
Tetapi dalam kontek perniagaan ini saya berpendapat, bukan saja 3, tetapi ada 5 pekara utama iaitu:
  1. Internet Search Engine (Google) - Kenapa Goggle ?, sebab 90% pengguna internet dunia menggunakannya. Jangan buang masa fokus pada yang tidak popular.
  2. Website
  3. Blog
  4. Facebook
  5. Biz Partner/Customer - Usahawan yang akan menyambung usaha perniagaan menjadi lebih besar dan Pelanggan yang akan membeli produk yang ditawarkan..
Kenapa Internet Search Engine penting?.
Sasaran kita adalah untuk menjual produk pada mereka yang kita tidak kenal kerana mereka yang kita kenal sangat terbatas. Berdasarkan pada statistik populariti pencarian produk kesihatan yang dinyatakan diatas, kita tawarkan produk tersebut dan dengan penyenaraian produk kita pada ranking page terbaik memudahkan orang yang tidak dikenali mencapai maklumat tersebut dan kita berpeluang untuk menjana jualan lebih besar.

Website ni, nak buat apa?
Sebenarnya website ni terlalu umum. Kalau nak diikutkan Blog juga adalah website tapi operasinya berbeza. Maklumat yang ada pada website tidak banyak berubah. Website digunakan untuk menceritakan tentang perihal produk.

Blog pula?
Beza blog dengan website adalah, Blog lebih banyak berubah maklumat. Kita boleh menceritakan tentang aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan dan juga promosi produk. Perlukan sedikit masa untuk kemaskini blog. Ramai orang ada blog tetapi berapa ramai yang selalu kemaskini?. Untuk produk kita dikenali, kita perlu sentiasa menerbitkan post yang berkaitan supaya pembaca lebih yakin dan berminat untuk membelinya.

Facebook?
Semua orang ada Facebook. Tetapi jangan gunakan facebook untuk penjualan terutamanya FB akaun peribadi. Anda boleh disekat jika terdapat post yang memasarkan produk melainkan anda menggunakan FB Fanpage. Kita akan bina hubungan dari sini.

Biz Partner/Customer?
Sudah semestinya ini matlamat yang paling utama. Ada Website cantik, Blog berwarna-warni dan FB yang dikemaskini setiap minit pun tak berguna kalau tak ada orang yang membeli.

Kesimpulannya, kita wajib faham kesemua fungsi diatas kerana setiap pekara memainkan peranan yang berbeza-beza. Tahukan kita bahawa dalam 5 pengguna internet didunia, 3 adalah dari Asia. Ini bermakna kawasan Asia adalah pengguna Internet yang terbesar didunia. Gunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mencapai matlamat menjana pendapatan selain mengembangkan rangkaian perniagaan.


Akhir sekali terima kasih kepada Dr.Irfan Khairi dan CDM Azlan yang berkongsi pandangan dan pengalaman bagaimana nak berjaya. Ada lagi tips yang telah dikongsi tetapi rasanya tak boleh nak ceritakan semuanya kerana adalah lebih baik jika ada seminar yang diadakan kita sama-sama hadirkan diri untuk tambah ilmu dan pengetahuan kita. Semoga apa yang dikongsikan serba sedikit ini dapat memberi menafaat kepada kita semua. Kak Sue ucapkan selamat berjaya. Terima kasih pada suami Kak Sue aka @Mat Rempit.



No comments:

Post a Comment