Wednesday, January 16, 2013

Keewangan dan Perceraian adakah ia berkaitan?

Kak Sue ada terbaca satu artikel dalam suratkhabar tempatan. Hampir 20% perceraian berlaku dalam tempoh 5 tahun berkahwin. Antara puncanya adalah masalah keewangan. Dengan kos sara hidup dan bilangan ahli keluarga yang bertambah, kebanyakkan golongan muda yang tidak bersedia menghadapi masalah ini. Pertengkaran antara pasangan tidak dapat dielakkan bukan kerana pasangan mementingkan wang dan ringgit tetapi keadaan sekeliling memaksa wang diperlukan untuk menyara hidup. Tak kena rasanya kalau pada masa kini hanya dengan cinta pasangan boleh bahagia melainkan kita dari golongan orang yang dah kaya atau duduk dikawasan yang tidak perlukan sumber-sumber asas. Bil elektrik, air, Astro, barang dapur, rumah sewa, kad kredit dan lain-lain menjadi  pekara asas yang wajib ada pada masa sekarang. Bukan nak cakap cinta tak penting tapi cinta perlu sebagai asas kepercayaan untuk kita sama-sama harungi masalah bersama.
Artikel mengenai trend bercerai dikalangan pasangan muda

Walaupun Kak Sue baru 18 tahun berkeluarga rasanya tak salah Kak Sue kongsi sedikit tips bagi pasangan muda untuk kekalkan hubungan:

  • Sabar, jangan melenting bila sebelah pihak marah. Diam bukan bererti kalah tapi tanda sayang dengan pasangan. Tunggu suasana tenang dan baru berbicara. Majoriti dari kita tak akan rasional bila marah.
  • Komunikasi harian adalah penting. Jangan biarkan pasangan kita tertanya-tanya. Ceritakan masalah bersama dan cari jalan penyelesaian.
  • Jangan lepaskan kemarahan didepan anak-anak, cari tempat yang sesuai untuk bersoal jawab.
  • Kerapkan berjalan bersama-sama. Bersiar naik kereta atau motor.
  • Buat sesuatu dengan ikhlas, jangan menyindir pasangan. Kalau nak minta tolong carilah cara yang sesuai dengan bergurau.
  • Jangan memberi kata dua atau kenyataan menyalahkan kepada pasangan yang boleh membawa kepada pertengkaran. Contohnya "Tak nak masak ker!!!!", "Pening kepala saya tengok rumah sepah!!!", "Nak kemas ker, tak nak kemas ni", "Bila nak bayar bil ni!!!"
  • Hormat pasangan walaupun dalam keadaan marah. Sejukkan hati dulu dan tegur semula secara beradab.
  • Elakkan kata-kata yang boleh menambah lagi kemarahan.
  • Peluk pasangan anda bila sidia marah.
  • Jangan sesekali sekat hubungan dan aktiviti pasangan dengan kawan-kawannya. Bawa berbincang jika tidak setuju. Hidup bukannya untuk kita berdua saja tapi kena ada kawan juga.
Apa yang Kak Sue nak tegaskan disini adalah, keewangan bukanlah faktor utama dalam kebahagian rumah tangga tapi adalah keperluan WAJIB yang perlu ada pada setiap keluarga pada masa kini. Jadi sama-samalah kita fikirkan dimana kita dan bagaimana kita nak mencarinya.

Kunjungi Facebook Kak Sue di http://www.facebook.com/suzana.mohdramli

No comments:

Post a Comment