Monday, January 21, 2013

Anugerah SM/SSM best tu...

Kejayaan mesti bermula dengan satu langkah. Anugerah SM/SSM adalah pemangkin untuk meneruskan langkah seterusnya. Semalam Kak Sue hadir ke majlis penganugerahan SM/SSM yang bertempat di Menara PGRM, Cheras. SM adalah Sales Manager  dan SSM adalah Senior Sales Manager. Senang nak capai bagi yang positif tapi susah bagi yang negatif. Itu adalah hak masing-masing and  Kak Sue  hormatinya.  Kak Sue  percaya apa yang dibuat dan ikhlas melaksanakannya. Alasan seperti

"Alahhhhh susahlah takut tak berjaya...", 
"Malaslah aku nak jumpa orang...",
"Peninglah kepala aku nak fikir bisnes, baik macam sekarang pergi kerja balik kerja. Tak yah susah-susah turun naik jumpa orang...". 
"Kalau kaya pun bukan boleh bawak mati..."

Tak ada salah apa-apa pada kenyataan di atas... maklum balas yang biasa kita dengar. Kak Sue setuju bukan semua orang boleh buat dan berjaya. Kalau misi ini mudah, dah ramai orang yang berjaya. Semuanya bergantung atas diri sendiri. Kalau kita selesa dengan keadaan sekarang, teruskan . Bila tiba masanya anda ingin mengubahi, carilah  Kak Sue  ya... Bila-bila masa Kak Sue sedia membantu

Bagi mereka yang telah berpendapatan RM50 ribu sebulan ,ayat diatas tidak mengambarkan apa-apa. Hanya kisah lama yang mungkin menjadi alasan yang sama digunakan sebelum dipecahkan ruyungnya. 

Tak nak cakap banyak pasal komitmen untuk berjaya. Anda boleh dapatkan kata-kata semangat dari banyak sumber diluar sana.  Kak Sue  nak share gambar-gambar event semalam.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh dari pengurus atasan Hai-

Sekali melangkah kita teruskan sehingga berjaya


Posing abis depan poster produk kecantikan terbaru dari Hai-O

Cei-cei Aween posing nampak. Pandang kamera terus

Orang dulu-dulu cakap kena mandi bunga nak ubah takdir tapi kita dapat bunga sebab berjaya

Mentor Kak Sue  Isma berposing sama hehehehe...

Bunga segar hadiah dari mentor yang telah berjaya. Terima kasih.

Mentor-mentor Kak Sue . Semoga kita semua berjaya capai apa yang diimpikan

Harap ini bukan anugerah yang pertama. Ada beberapa lagi anugerah yang perlu dicapai dan InsyaAllah  Kak Sue  tekad untuk capai semua anugerah hingga ketahap yang tertinggi. Aminn....



Wednesday, January 16, 2013

Keewangan dan Perceraian adakah ia berkaitan?

Kak Sue ada terbaca satu artikel dalam suratkhabar tempatan. Hampir 20% perceraian berlaku dalam tempoh 5 tahun berkahwin. Antara puncanya adalah masalah keewangan. Dengan kos sara hidup dan bilangan ahli keluarga yang bertambah, kebanyakkan golongan muda yang tidak bersedia menghadapi masalah ini. Pertengkaran antara pasangan tidak dapat dielakkan bukan kerana pasangan mementingkan wang dan ringgit tetapi keadaan sekeliling memaksa wang diperlukan untuk menyara hidup. Tak kena rasanya kalau pada masa kini hanya dengan cinta pasangan boleh bahagia melainkan kita dari golongan orang yang dah kaya atau duduk dikawasan yang tidak perlukan sumber-sumber asas. Bil elektrik, air, Astro, barang dapur, rumah sewa, kad kredit dan lain-lain menjadi  pekara asas yang wajib ada pada masa sekarang. Bukan nak cakap cinta tak penting tapi cinta perlu sebagai asas kepercayaan untuk kita sama-sama harungi masalah bersama.
Artikel mengenai trend bercerai dikalangan pasangan muda

Walaupun Kak Sue baru 18 tahun berkeluarga rasanya tak salah Kak Sue kongsi sedikit tips bagi pasangan muda untuk kekalkan hubungan:

  • Sabar, jangan melenting bila sebelah pihak marah. Diam bukan bererti kalah tapi tanda sayang dengan pasangan. Tunggu suasana tenang dan baru berbicara. Majoriti dari kita tak akan rasional bila marah.
  • Komunikasi harian adalah penting. Jangan biarkan pasangan kita tertanya-tanya. Ceritakan masalah bersama dan cari jalan penyelesaian.
  • Jangan lepaskan kemarahan didepan anak-anak, cari tempat yang sesuai untuk bersoal jawab.
  • Kerapkan berjalan bersama-sama. Bersiar naik kereta atau motor.
  • Buat sesuatu dengan ikhlas, jangan menyindir pasangan. Kalau nak minta tolong carilah cara yang sesuai dengan bergurau.
  • Jangan memberi kata dua atau kenyataan menyalahkan kepada pasangan yang boleh membawa kepada pertengkaran. Contohnya "Tak nak masak ker!!!!", "Pening kepala saya tengok rumah sepah!!!", "Nak kemas ker, tak nak kemas ni", "Bila nak bayar bil ni!!!"
  • Hormat pasangan walaupun dalam keadaan marah. Sejukkan hati dulu dan tegur semula secara beradab.
  • Elakkan kata-kata yang boleh menambah lagi kemarahan.
  • Peluk pasangan anda bila sidia marah.
  • Jangan sesekali sekat hubungan dan aktiviti pasangan dengan kawan-kawannya. Bawa berbincang jika tidak setuju. Hidup bukannya untuk kita berdua saja tapi kena ada kawan juga.
Apa yang Kak Sue nak tegaskan disini adalah, keewangan bukanlah faktor utama dalam kebahagian rumah tangga tapi adalah keperluan WAJIB yang perlu ada pada setiap keluarga pada masa kini. Jadi sama-samalah kita fikirkan dimana kita dan bagaimana kita nak mencarinya.

Kunjungi Facebook Kak Sue di http://www.facebook.com/suzana.mohdramli

Tuesday, January 15, 2013

Aktiviti bergambar Facebook Kak Sue pada January 15, 2013 at 07:38AM

Ini adalah aktiviti yang dirakamkan oleh Kak Sue dalam Facebook.


Gambar dari Facebook



Assalammualaikum, mulakan pagi ini dengan senyuman. Semoga dilimpahkan rezeki olehNya.. Amin

Sila lawati Facebook Kak Sue

Monday, January 14, 2013

Seronok bila customer sendiri yang datang bertanya pasal produk...

Kak Sue rasa teruja sangat bila customer sendiri bertanya pasal produk kepada kita. Tak payah nak promosi banyak-banyak, cukup dengan perubahan diri sendiri. Ada datang tanya "Su makan apa?, nampak lain saja", "Kak Sue, dulu badan lurus jer dari atas kebawah, sekarang apasal ada lekuk-lekuk". Bagi customer lelaki yang telah berkahwin. "Ada perubahan tak bila pakai ni?". Faham-faham lah maksudnya. Kak Sue cerita yang betul saja dengan berlapik. "Kalau nak rasa malam pertama, belilah satu untuk isteri" dan alhamdullilah sekarang semakin berkembang permintaan dan Kak Sue teruja.
Tahniah, suami yang belikan untuk isterinya

Semasa menghadiri majlis perkahwinan Sabtu lepas

Awin, biz partner Kak Sue sampai jeles, "Kak Sue ni lebih dari dia pulak mana boleh!!!"

Senang saja kalau sekarang badan kita tak ada shape, kita beli dulu untuk kegunaan sendiri. Bila ada perubahan yang ketara, InsyaAllah orang akan bertanya dan kita bukan saja boleh promosi tanpa iklan malah boleh menambah pendapatan. Ingat kita bukan buat perniagaan cepat kaya, mungkin dalam setahun kita masih lagi merangkak-rangkan mencari haluan tapi cuba kita fikir kalau kita tak mulakan sekarang kita tak akan tahu 3 atau 4 tahun akan datang. Kesenangan bukan datang mendadak tapi hasil dari usaha. Titik permulaan perlu ada. Jangan nanti satu hari nanti dalam hati berkata-kata "Kalaulah aku buat perniagaan 4 tahun lepas mesti aku berduit... mesti ramai dah kenal" tapi kalau tak mulakan dari bawah macam mana orang nak kenal?... Langkah perlahan-lahan hingga hingga nama anda disebut-sebut oleh bakal penyambung usaha nanti.... InsyaAllah....

Lawati Facebook Kak Sue di http://www.facebook.com/SuzanaPremiumBeautiful

Saturday, January 12, 2013

Aktiviti bergambar Facebook Kak Sue pada January 12, 2013 at 05:33PM

Ini adalah aktiviti yang dirakamkan oleh Kak Sue dalam Facebook.


Gambar dari Facebook



Selamat pengantin baru Natalyia John Noah

Sila lawati Facebook Kak Sue

Aktiviti bergambar Facebook Kak Sue pada January 12, 2013 at 05:34PM

Ini adalah aktiviti yang dirakamkan oleh Kak Sue dalam Facebook.


Gambar dari Facebook



Selamat pengantin baru Natalyia John Noah

Sila lawati Facebook Kak Sue

Aktiviti bergambar Facebook Kak Sue pada January 12, 2013 at 05:34PM

Ini adalah aktiviti yang dirakamkan oleh Kak Sue dalam Facebook.


Gambar dari Facebook



Selamat pengantin baru Natalyia John Noah

Sila lawati Facebook Kak Sue

Aktiviti bergambar Facebook Kak Sue pada January 12, 2013 at 05:34PM

Ini adalah aktiviti yang dirakamkan oleh Kak Sue dalam Facebook.


Gambar dari Facebook



Selamat pengantin baru Natalyia John Noah

Sila lawati Facebook Kak Sue

Aktiviti bergambar Facebook Kak Sue pada January 12, 2013 at 05:34PM

Ini adalah aktiviti yang dirakamkan oleh Kak Sue dalam Facebook.


Gambar dari Facebook



Selamat pengantin baru Natalyia John Noah

Sila lawati Facebook Kak Sue

Aktiviti bergambar Facebook Kak Sue pada January 12, 2013 at 12:01PM

Ini adalah aktiviti yang dirakamkan oleh Kak Sue dalam Facebook.


Gambar dari Facebook



Activity hari ni sabtu 120112 .. 1. Kemas rumah 2.pergi wedding Natalyia John Noah 3.pergi stokis ade cust nak Bb plus 5 kotak .short bra 2 dan 3 garam buluh dan daftar ahli 4 org 4 pegi jakel beli kain utk baju pengantin Wah..bzy gak ni

Sila lawati Facebook Kak Sue

Friday, January 11, 2013

Aktiviti bergambar Instagram Kak Sue pada January 11, 2013 at 09:00PM

Ini adalah aktiviti yang dirakamkan oleh Kak Sue dalan Instagram.


Gambar dari Instagram



Kak Sue berada di Glam TTDI. CDM Syukran sedang memberi penarangan tentang garam buluh.... #blog

Sila lawati Facebook Kak Sue

Thursday, January 10, 2013

Aktiviti bergambar Facebook Kak Sue pada January 10, 2013 at 07:28AM

Ini adalah aktiviti yang dirakamkan oleh Kak Sue dalam Facebook.


Gambar dari Facebook



Selesai uruskan anak-anak. Bersiap untuk pergi kerja. Berlapang dada semoga rezeki bertambah hendaknya... Amin

Sila lawati Facebook Kak Sue

Wednesday, January 9, 2013

Bagaimana nak masukkan dropdown menu pada blog

Minggu lepas Kak Sue ada melawat banyak blog dan antaranya mempunyai menu yang berstruktur dan cantik.  Kak Sue bertanyakan dengan suami, boleh tak diguna menu tersebut. Jadi suami  Kak Sue telah mencari caranya dan telah memberi dokumen bagaimana nak menambah menu ini. Jadi  Kak Sue kongsi-kongsikan kepada anda semua.

Ini adalah contoh paparan yang telah Kak Sue masukkan ke dalam blog


Dropdown menu ni tujuannya adalah untuk memudahkan capaian maklumat. Ianya lebih berstruktur dan memudahkan pengguna. Ada 2 bahagian yang perlu diubahsuai pada blog. 

Bahagian 1: Ubahsuai pada bahagian master page blog
1. Login ke dalam blog akaun.
2. Pilih blog anda. Dalam contoh dibawah "Impian bahagia bersama Premium Beau..".
3. Pilih "Template" dari menu sebelah kiri seperti dibawah.
Pilih Template dari menu

4. Pilih "Edit HTML" dan window dibawah akan dipaparkan. Harus diingat kod dibawah hendaklah di backup supaya boleh dikembalikan semula kepada kod asal jika berlaku kesalahan atau ralat semasa pengubahsuaian.
Copy code diatas dengan menekan button Ctrl-A untuk select semua kod dan Ctrl-C untuk copy kod

5. Untuk memudahkan mengubahsuai kod diatas adalah digalakkan copy code diatas dan gunakan notepad untuk tujuan perubahan.
6. Cari string "]]></b:skin>" pada kod didalam notepad.
Tekan button Ctrl-F untuk mencari string

7. Copy kod dibawah dan paste kan kepada kod sebelum baris  "]]></b:skin>".
#mbtnavbar {
    background: #060505;
    width: 960px;
    color: #FFF;
        margin: 0px;
        padding: 0;
        position: relative;
        border-top:0px solid #960100;
        height:35px;
}

#mbtnav {
    margin: 0;
    padding: 0;
}
#mbtnav ul {
    float: left;
    list-style: none;
    margin: 0;
    padding: 0;
}
#mbtnav li {
    list-style: none;
    margin: 0;
    padding: 0;
        border-left:1px solid #333;
        border-right:1px solid #333;
        height:35px;
}
#mbtnav li a, #mbtnav li a:link, #mbtnav li a:visited {
    color: #FFF;
    display: block;
   font:normal 12px Helvetica, sans-serif;    margin: 0;
    padding: 9px 12px 10px 12px;
        text-decoration: none;
       
}
#mbtnav li a:hover, #mbtnav li a:active {
    background: #BF0100;
    color: #FFF;
    display: block;
    text-decoration: none;
        margin: 0;
    padding: 9px 12px 10px 12px;
       
   
       
}
#mbtnav li {
    float: left;
    padding: 0;
}
#mbtnav li ul {
    z-index: 9999;
    position: absolute;
    left: -999em;
    height: auto;
    width: 160px;
    margin: 0;
    padding: 0;
}
#mbtnav li ul a {
    width: 140px;
}
#mbtnav li ul ul {
    margin: -25px 0 0 161px;
}
#mbtnav li:hover ul ul, #mbtnav li:hover ul ul ul, #mbtnav li.sfhover ul ul, #mbtnav li.sfhover ul ul ul {
    left: -999em;
}
#mbtnav li:hover ul, #mbtnav li li:hover ul, #mbtnav li li li:hover ul, #mbtnav li.sfhover ul, #mbtnav li li.sfhover ul, #mbtnav li li li.sfhover ul {
    left: auto;
}
#mbtnav li:hover, #mbtnav li.sfhover {
    position: static;
}
#mbtnav li li a, #mbtnav li li a:link, #mbtnav li li a:visited {
    background: #BF0100;
    width: 120px;
    color: #FFF;
    display: block;
    font:normal 12px Helvetica, sans-serif;
    margin: 0;
    padding: 9px 12px 10px 12px;
        text-decoration: none;
z-index:9999;
border-bottom:1px dotted #333;
   
}
#mbtnav li li a:hover, #mbtnavli li a:active {
    background: #060505;
    color: #FFF;
    display: block;     margin: 0;
    padding: 9px 12px 10px 12px;
        text-decoration: none;
}
Kod yang perlu dicopy kepada template

8. Kod diatas boleh ditukar mengikut kesesuaian
    a. Tukar  #060505  untuk menukar warna background Main menu
    b. Tukar teks yang berwarna kuning untuk mengubah warna font, saiz dan family
    c. Tukar #BF0100 untuk tukar warna background tab boleh mouse hover pada tab
    d. Tukar #BF0100 untuk tukar warna backgroud drop down menu
    e. Tukar #060505 untuk tukar warna background drop down menu bila mouse hover pada menu
9. Copy kesemua kod yang telah ditukar di dalam notepad dan kemudian paste ke dalam template yang dibuka sebelum ini.
Copy kod yang telah diubah dari Notepad kepada template

10. Klik "Save Template" untuk menyimpan perubahan.
11. Cuba browse blog anda dan pastikan tidak ada kerosakan pada paparan blog. Untuk makluman menu tidak lagi keluar pada waktu ini kerana anda perlu execute proses Bahagian 2 untuk memaparkan menu tersebut. Ini hanya untuk memastikan page tidak rosak selepas perubahan diatas. Jika berlaku kesalahan atau ralat, restore semula dengan kod yang asal. 

Bahagian 2: Tambahan  gadjet "HTML/JavaScript" dengan kod pada Layout sekarang
1. Pilih “Layout” dari menu dan klik “Add a Cadget" seperti di bawah. Pastikan lokasi dimana anda mahu letakkan Gadjet tersebut.
Pilih "Layout" untuk melihat kandungan dan susunan blog

2. Cari widget “HTML/JavaScript” dan klick “+” 
Pilih "HTML/JavaScript" dari senarai gadjet

3. Copy kod di bawah
div id='mbtnavbar'>
      <ul id='mbtnav'>
        <li>
          <a href='#'>Home</a>
        </li>
        <li>
          <a href='#'>About</a>
       </li>
        <li>
          <a href='#'>Contact</a>
        </li>
  <li>
           <a href='#'>Sitemap</a>
            <ul>
                <li><a href='#'>Sub Page #1</a></li>
                <li><a href='#'>Sub Page #2</a></li>
                <li><a href='#'>Sub Page #3</a></li>
              </ul>
        </li>
      </ul>
    </div>
Kod yang perlu dicopy dan paste pada gadjet

4. Tukarkan string # dengan links yang berkenaan contohnya “<a href='#'>Home</a> “  ditukar kepada “<a href='http://suzanamohdramli.blogspot.com'>Home</a> “ . Kod yang ditanda warna kuning adalah item dalam dropdown menu. Boleh ditambah mengikut kehendak. Anda boleh copy dan paste pada mana-mana  tab sebelum </li>
5. Untuk tambah tab lain hanya kod ini di atas </ul> 
Kod boleh diibuah mengikut struktur dan kehendak anda

Selamat mencuba. Kalau ada apa-apa masalah bolehlah komen dibawah.  Kak Sue cuba tolong seberapa yang boleh. InsyaAllah.

Layarilah Facebook  Kak Sue di http://www.facebook.com/suzana.mohdramli dan harap-harap anda boleh "Like" page Kak Sue disamping menambah kenalan dan ilmu pengetahuan.

Ciri-ciri Premium Beautiful dan cara pemakaian yang betul

Premium Beautiful adalah pakaian dalaman untuk menjaga kesihatan disamping membentuk kontur badan menjadi lebih menarik. Yang paling utama adalah dapat merawat penyakit seperti sakit pinggang, migrain, keputihan, kesakitan dan kedatangan haid yang tidak tersusun dan lain-lain lagi. Ia adalah pakaian dalaman pilihan utama bagi wanita.

Premium Beautiful bukannya pakaian yang hanya dipakai untuk sementara malah boleh dipakar seumur hidup kerana JAMINAN yang diberikan. SEKALI membeli anda boleh memakai selamanya. Bila selesa memakainya anda tidak akan beli satu saja, ramai yang menambah set yang telah sedia ada untuk dipakai setiap hari.

Lihat gambarajah dibawah yang menceritakan setiap set Premium Beautiful yang terdiri daripada 3 bahagian:

Long Girdle

Long Brassiere

Waist Nipper

Kualiti bagi setiap barangan adalah terbaik dan diiktiraf sebagai "Superbrands" di Malaysia. Berpatutan dan memenuhi kehendak pengguna yang inginkan bentuk badan yang cantik dan penjagaan kesihatan.


Tuesday, January 8, 2013

Macam mana nak letak 'Flying Twitter Bird' pada blog

Kak Sue nak share macam mana nak masukkan plugin 'Flying Twitter Bird' yang akan terbang pada page blog anda yang akan memaparkan teks untuk tweet dan follow. Sebenarnya suami Kak Sue yang ajarkan so Kak Sue share disini.


Burung di atas akan terbang bila kita scroll page

Langkah #1: Log in akaun Blogger  

Langkah #2: Pergi kepada Dashboard>Template

Langkah  #3: Klik pada Edit HTML>Proceed

Langkah #4: Tandakan Expanded Widget Template check box

Langkah #5: Cari  atau tekan (Ctrl+f) untuk  </body> tag

Langkah #6: Diatas baris </body> tag letakkan  kod dibawah.

<script src='http://bloggerblogwidgets.googlecode.com/files/way2blogging.org-tripleflap.js' type='text/javascript'>
</script>
<script type='text/javascript'>
var twitterAccount = &quot;TWITTERACCOUNTNAME&quot;;
var tweetThisText = &quot; <data:blog.pageTitle/> : <data:blog.url/> &quot;;
tripleflapInit();
</script>

Langkah #7: Tukarkan TWITTERACCOUNTNAME dengan nama pengguna twitter anda

Langkah #8: Save dan siap. Kalau tak ada burung terbang ada lah yang tak kena tu....!

Semoga dapat membantu anda semua.

Monday, January 7, 2013

Nak kulit kembali seperti remaja. Lihat rahsianya...


Kak Sue dah pun pakai produk BBplus ni memang terdapat perbezaan setelah menggunakannya selama seminggu saja. Produk ini tak perlu nak dipakai dikulit hanya minum setiap hari sebelum makan ataupun tidur. Campurkan kepada 150ml air biasa yang tidak panas dan minum. Lihatlah kulit Kak Sue sebelum dan selepas memakainya.

Lihat perbezaan bintik-bintik hitam yang berkurangan selepas seminggu Kak Sue menggunakannya

Kak Sue puas hati dengan kesan setelah menggunakannya. BBplus adalah halal dan harganya berpatutan. Berikut adalah keterangan mengenai produk.
                                 

BBplus minuman untuk kesihatan kulit menjadi seperti remaja

BBplus diformulasi untuk merangsang pengeluaran kolagen pada kulit bagi mengembali keremajaan dan kehalusan kulit secara menyeluruh..BB Plus dihasilkan 5000 mg kolagen ikan terhidrolisis untuk memberikan penyerapan yang baik.Kofaktor seperti ekstrak biji anggur dan Vitamin C ditambah untuk melindungi rantaian kolagen.Pengambilan BBplus setiap hari dapat menyerlahkan keremajaan kulit dan memberikan kesihatan yang menyeluruh.

Jika berminat untuk menggunakannya hubungilah Kak Sue. Insyallah ia akan memberikan kesan keremajaan kepada kulit kita.


Wednesday, January 2, 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013

Belum terlambat lagi Kak Sue mengucapkan selamat tahun baru 2013. Tahun lepas merupakan tahun yang penuh dengan kisah suka dan duka serta permulaan bagi Kak Sue melibatkan diri dalam perniagaan sendiri. Walaupun baru mencuba Kak Sue telah memperolehi sedikit sebanyak hasilnya. Bagi anak-anak, tahun 2012 adalah tahun berehat bagi mereka tetapi untuk tahun 2013 tidak lagi.




Bagi tahun 2013 lebih mencabar. Pertama sekali anak-anak Kak Sue akan menduduki peperiksaan UPSR dan SPM. Kak Sue akan cuba berikan yang terbaik untuk kedua-duanya supaya berjaya dalam peperiksaan tersebut. Budget telah diberikan untuk kelas tambahan dan buku-buku rujukan yang lain. Begitu juga dengan perniagaan, Kak Sue akan cuba mencapai target yang tertinggi disamping menambah rakan perniagaan yang lain. Diharap semua perancangan yang dirancang untuk tahun 2013 akan berjalan dengan lancar hendaknya. Insyallah.