Thursday, December 20, 2012

Hijabista Website Lauch tempohari

Bulan 11 hari tu Kak Sue dijemput untuk menghadiri pelancara portal Hijabista di IOI Mall, Puchong. Masa tu memang posing habis dengan baju baru. Tema pakaian lebih kepada moden dan bersopan iaitu Baroque Inspired. Ramai rakan perniagaan yang hadir dengan fesyen yang tersendiri. Masa inilah nak berposing lebih selalunya baju kurung biasa saja. Baju yang ditempah boleh buat baju raya tahun depan.

Kad jemputan esklusif dari Hijabista

Awen, Juliana dan Kak Sue macam anugerah filem pulak

Bersama rakan Kak Sue

Stylo habis dah ni.

Irma, mesti anda kenal

Tu dia segerombolan dari kami semua

Bersama Awin, Kak Sue, CDM Salha dan Juliana

Teringat main topeng masak budak-budak dulu

Hijabista sebenarnya adalah produk dari kumpulan media Karangkraf. Majalah terbaru mereka lebih kepada fesyen hijab yang terkini yang tertumpu kepada golongan muda dan pertengahan. Apa itu Hijabista? menurut pembacaan Kak Sue ia adalah gabungan perkataan hijab dan fashionista maka wujud slanga "HIJABISTA". Semoga produk hijabista tidak lari dari tujual asal iaitu pakaian muslim yang terbaru dan memenuhi kehendak syarak. Insyallah.



Tuesday, December 18, 2012

From KL, Perak, Penang, Kedah, Kelantan, Terengganu and Pahang with love...

Pada cuti yang lepas Kak Sue bersama keluarga pergi berjalan-jalan setelah lama tidak cuti bersama. Seronok bukan saja dapat berjalan sempat juga jumpa dengan rakan-rakan dan prospek perniagaan.

Pemandangan dikawasan lebuhraya Timur-Barat, Perak bersempadan dengan Kelantan



Bersama rakan satu ITM Arau, Perlis Zuriati di Sungai Petani, Kedah

Menara jejantas menuju ke Pulau Pinang

Kena kari kepala ikan di tempat popular di tengah bandar Georgetown.

Singgah sebentar di kedai membuat kopi segar. Boleh tahan harganya.

Budak-budak semua dia nak beli.

Angah Nizam bersama anak-anak, naik feri dari Georgetown ke tanah besar.

Jambatan yang sinonim dengan lebuhraya Timur Barat

Berhenti makan di tepi pantai Rusila, Kuala Terengganu

Haikal dan Balqis seronok bermandi mandi di hotel Kuala Terengganu.

Secara keseluruhan satu perjalanan yang jauh dan penat tapi kami terhibur. Insyallah lepas ni nak konvoi ke selatan tanahair hingga ke Singapura pula. Bukan saja boleh berjalan tapi boleh menambah kenalan dan prospek perniagaan.





From KL, Perak, Penang, Kedah, Kelantan, Terengganu and Pahang with love...

Pada cuti yang lepas Kak Sue bersama keluarga pergi berjalan-jalan setelah lama tidak cuti bersama. Seronok bukan saja dapat berjalan sempat juga jumpa dengan rakan-rakan dan prospek perniagaan.

Pemandangan dikawasan lebuhraya Timur-Barat, Perak bersempadan dengan Kelantan

Monday, December 17, 2012

Apa juga bidang, usaha adalah tangga kejayaan...

Assalammualaikum pada semua, sudah hampir sebulan Kak Sue tidak mengemaskini blog ni. Kak Sue sibuk dengan kerja disamping urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Walaupun begitu Kak Sue masih lagi aktif dengan kegiatan perniagaan dan alhamdullilah lebih dari 10 set Premium Beautiful berjaya dipasarkan. Insyallah untuk tahun baru yang akan bermula tidak lama lagi, Kak Sue merancang untuk menggandakan lagi usaha bagi mencapai matlamat yang diimpikan. Target Kak Sue adalah untuk mencapai status CDM pada penguhjung tahun ini dan Kak Sue tekad untuk melakukannya.

Greanleaders Academy TTDI

Buat masa sekarang Kak Sue sedang sibuk membuat persiapan untuk anak-anak menghadiri kelas tambahan dan penyediaan baju dan buku. Tahun depan adalah penting bagi Fifie dan Aqis yang akan mengambil peperiksaan SPM dan UPSR. Kak Sue akan memberikan sepenuh tumpuan dan usaha agar kedua-duanya berjaya dalam peperiksaan akan datang.

Bersama kita berusaha menuju kejayaan. Yang dah berjaya syukur alhamdullilah. Yang belum teruskan usaha

Fiza ex staff tempat kerja Kak Sue telah memulakan langkah berani ingin berjaya

Memanglah walau apa pun kita lakukan tak kira dalam apa bidang sekalipun. Usaha perlu dilakukan untuk berjaya. Dalam hal ini Kak Sue nak pastikan anak-anak Kak Sue berusaha dengan bersungguh-sungguh dan Kak Sue akan memberikan sokongan yang penuh untuk mereka berjaya.

Antara kelas yang Kak Sue hadir sebelum ini

Berjumpa dengan CDM Salha untuk mendengar strategi yang betul



Yang datang sampai tak cukup tempat duduk untuk belajar bersama-sama

Kita hanya berusaha tapi tuhan yang menentukannya

Begitu juga dalam bidang perniagaan Premium Beatiful. Jika anda berminat dan ingin berusaha, Kak Sue sedia memberikan galakan dan sokongan untuk kita sama-sama berjaya. Usaha bukan dengan sekelip mata berjaya tetapi perlu ada ketahanan dan usaha bersama. Insyallah...